• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SBM #1 | Akaun SKMM Digantung selepas umum Booster LTE haram dan Galaxy S21 dilancarkan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:02 pm
  • 19/01/2021
  • Komen
SBM #1 | Akaun SKMM Digantung selepas umum Booster LTE haram dan Galaxy S21 dilancarkan
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik buat semua pembaca SoyaCincau, kami bawakan kepada anda satu segmen baru iaitu Sorotan Berita Mingguan. Dalam video pertama ini, tentunya kami ketengahkan berita pelancaran telefon Galaxy S21 dan berapa harganya. Kami turut kongsikan kod promosi untuk mendapatkan hadiah misteri bagi setiap tempahan awal siri Galaxy S21.

Tempah sekarang siri Galaxy S21 dan terima Buds Pro, Smart Tag dan fon telinga ANC

Samsung Malaysia telah membuka laman tempahan awal siri Galaxy S21 dari 15 hingga 28 Januari 2021. Untuk pasaran Malaysia, ada 4 jenis peranti Galaxy S21 yang boleh ditempah awal. Oleh itu, jika tempahan dibuat sekarang, pelbagai hadiah percuma yang boleh menjadi milik anda. Untuk maklumat lanjut, anda boleh tekan sini.



Samsung lancar Exynos 2100 5nm

Samsung melancarkan cip flagship terbaru mereka, Exynos 2100, ia digunakan dalam telefon pintar flagship iaitu siri Galaxy S21. Exynos 2100 adalah cip pertama Samsung yang dibina dengan modem 5G di dalamnya. Cip ini mempunyai prestasi yang sangat tinggi dari cip yang sebelumnya. Perinciannya di sini.

AirPods Pro edisi ekslusif tahun baru cina

Apple telah mencipta watak ikon lembu sebagai tanda meraikan perayaan Tahun Baru Cina. Mereka juga memperkenalkan AirPods Pro edisi terhad yang hanya di jual di 5 Negara asia sahaja, antaranya China, Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Malaysia.



AirPods Pro ini menjadi eksklusif kerana ikon lembu yang menjadi simbolik kepada tahun baru cina akan dicetak dan dipaparkan pada kotak dan ruangan pengecas tanpa wayar AirPods Pro. Ketahui dengan lebih lanjut mengenainya di sini

Cara dapatkan booster LTE menurut MCMC­

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Mulitmedia (SKMM) sedang dalam usaha untuk membanteras penjualan peralatan booster haram. Sebagai salah satu langkah untuk mendapat penguat isyarat yang sah, SKMM menyarankan pengguna untuk berhubung dengan telco masing-masing bagi mengelakkan penipuan. Anda boleh lihat di sini untuk maklumat selanjutnya.

SKMM gantung akaun twitter sendiri, diceroboh sejak 2013

Tular baru-baru ini di Twitter mengenai akaun rasmi milik agensi kerajaan Malaysia, SKMM_MCMC digantung akibat diceroboh oleh pihak ketiga. Namun, ada gembar-gembur mengatakan bahawa akaun tersebut tidak diceroboh, tetapi diambil alih dan ditukar nama akaun. Apakah sebenarnya yang berlaku? Anda boleh bacanya di sini.

Bayaran kedua BPN 2.0 dipercepat ke 21 Januari akibat PKP

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, mengumumkan bayaran kedua untuk Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) akan dipercepat bermula dari 21 Januari 2021. Ia berikutan pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPP. Perincian pembayaran BPN ada di sini.

Set Malaysia Amazfit GTS 2e dan GTR 2e sudah mula dijual

Set Malaysia Amazfit GTS 2e dan GTR 2e sudah mula dijual dipasaran Malaysia dengan harga RM549. Kedua-dua jam tangan kecergasan ini memiliki spesifikasi yang hampir serupa cuma bentuk muka jam yang berbeza. Ada banyak lagi krateria lain yang boleh anda tahu mengenai set jam tangan kecergasan Amazfit di sini.

Tags: amazfitexynos 2100Samsung S21
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tahu tak, telefon siri Galaxy A ada kecerdasan pintar seperti Jarvis?

29 Mac 2023
Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
SBM #1 | Akaun SKMM Digantung selepas umum Booster LTE haram dan Galaxy S21 dilancarkan

SBM #1 | Akaun SKMM Digantung selepas umum Booster LTE haram dan Galaxy S21 dilancarkan

19 Januari 2021
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

25 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER