Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Bayaran kedua BPN 2.0 dipercepat ke 21 Januari akibat PKP

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, mengumumkan bahawa bayaran kedua untuk Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) yang dijadualkan pada Januari 2021, akan dipercepat bermula dari 21 Januari 2021. Ia berikutan pelaksanaan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Semakan kelulusan penerimaan BPN 2.0 boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 di laman web BPN.

Untuk penerima kategori B40, bayaran akan dibuat mulai 21 Januari 2021. Manakala penerima kategori M40 pula, akan menerima bayaran bermula 25 Januari 2021.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran akan dibuat mulai 25 Januari 2021 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Penerima tanpa akaun bank di Sabah dan Sarawak pula, pembayaran akan bermula awal Februari sehingga 1 April 2021 di lokasi yang bakal diumumkan akhir bulan ini.

Zafrul menerangkan, jumlah penerima BPN 2.0 merangkumi 11.06 juta penerima, terdiri daripada 5.82 juta individu bujang dan 5.24 juta penerima isi rumah, dengan jumlah bayaran serta peruntukan keseluruhan sebanyak RM7.18 bilion. Fasa kedua bayaran ini merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada, serta 460,000 penerima baharu dengan jumlah bayaran keseluruhan RM2.38 bilion.

BPN 2.0 yang diumumkan pada September tahun lepas, memberikan bantuan wang tunai kepada rakyat B40 dan M40 dengan jumlah kurang berbanding BPN 1.0. Bagi B40 berkeluarga, mereka menerima sejumlah RM1,000 manakala B40 bujang sebanyak RM500. Untuk M40 berkeluarga, mendapat RM600 dan bujang RM300.

Jumlah pemberian dan fasa pemberian adalah seperti berikut:

[Sumber: Kementerian Kewangan]

Bacaan Berkaitan

BACA  AirAsia sedia perkhidmatan penghantaran percuma sepanjang PKP