Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

7 perbezaan antara Samsung Galaxy S21 Ultra 5G dengan Galaxy S20 Ultra 5G

PROMOSI: Dapatkan fon telinga ANC Samsung Type-C bernilai RM299 secara percuma, bersama Galaxy Fit 2, Galaxy Smart Tag dan Wireless Charger Trio, apabila membuat pembelian mana-mana siri Galaxy S21 menggunakan kod promosi: SCS21VIP di Stor Online Samsung. Tawaran sah sehingga 28 Februari 2021.

Galaxy S21 Ultra 5G kali ini berikan lebih banyak barangan percuma berbanding Galaxy S20 Ultra 5G tempoh hari. Kali ini, dengan setiap pembelian, anda akan dapat seunit Galaxy Buds Pro, Galaxy SmartTag, dan earfon ANC secara percuma.

Bukan itu saja, anda juga boleh dapatkan aksesori telefon itu melalui promo PWP pada potongan harga 25%.

Selain promo yang menarik, apa lagi perbezaan antara Samsung Galaxy S21 Ultra 5G dengan Galaxy S20 Ultra 5G?

1. Rekaan yang lebih segar

Galaxy S21 Ultra 5G menampilkan rekaan kamera belakang yang lebih segar dan tidak terlalu generic. Kebanyakkan telefon yang dilancarkan tahun 2020, semuanya ada bahaigan modul kamera belakang tersembul keluar dan ditempat dalam parameter segi empat tepat.

Rekaan kamera belakang Galaxy S21 5G lebih menarik dan segar

Tapi di Galaxy S21 Ultra 5G, penjurunya diperluas meliputi ke pinggir telefon dan lengkungan di penjurunya juga licin. Ia menyumbang kepada tahap estetika yang tinggi.

Rekaan kamera belakang Galaxy S20 Ultra nampak generik

2. Skrin QWHD+ pada refresh rate 120Hz

Bagi menambah baik kecekapan penggunaan bateri, Samsung menggunakan helah yang sangat bijak. Panel paparan AMOLED yang digunakan pada Galaxy S21 Ultra 5G dan Galaxy S20 Ultra 5G mempunyai refresh rate yang berubah-ubah mengikut penggunaan.

Galaxy S20 Ultra ada refresh rate paparan sama ada 120Hz ataupun 60Hz pada FHD+ sahaja

Contohnya, kalau anda menonton Netflix, refresh rate akan disuaikan dengan frame rate kandungan yang ditonton. Bila sedang bermain, ia boleh dipertingkat sehingga 120Hz.

BACA  PROMO: Hadiah percuma pembelian siri Galaxy S21 diteruskan sehingga 31 Mac

Teknologi ini dinamakan Dynamic AMOLED 2X. Walaupun gunakan nama teknologi yang serupa, S20 Ultra 5G mengendalikan 120Hz dengan cara berbeza, anda sama ada boleh gunakan 120Hz ataupun 60Hz dan jika suhu telefon jadi terlalu panas, sistem akan automatik turunkan kepada 60Hz, walaupun anda berada pada tetapan 120Hz.

Galaxy S21 Ultra boleh ubah suai refresh rate daripada 10Hz hingga 120Hz pada resolusi WQHD+

Lebih baik, pada S21 Ultra, refresh rate tinggi kini boleh dinikmati pada resolusi QWHD+ berbanding FHD+ sahaja pada generasi sebelum ini.

3. Sokongan S Pen

Samsung Galaxy S21 Ultra 5G kini menyokong S Pen, sama macam siri Galaxy Note. Walau bagaimanapun, ia dijual sebagai aksesori tambahan secara berasingan. Ada dua jenis S Pen yang akan temui pengguna iaitu S Pen biasa dan satu lagi S Pen Pro.

Ada dua jenis stailus, S Pen dan S Pen Pro yang menyokong Galaxy S21 Ultra 5G

Versi biasa bertindak macam stailus biasa kerana tidak dilengkapi Bluetooth untuk anda lakukan Air Gesture seperti siri Galaxy Note. Namun, untuk S Pen Pro, ia miliki ciri seakan S Pen Galaxy Note.

Buat masa ini, Samsung hanya menjual versi biasa manakala versi Pro akan diumumkan penjualannya pada masa yang akan datang.

Di Malaysia, anda boleh dapatkan S Pen bersama casing Galaxy S21 Ultra 5G pada harga RM289 (jenis snap-on biasa) dan RM369 (jenis berpenutup).

4. Exynos 2100 vs. Exynos 990 5G

Exynos 990 5G yang digunakan pada Galaxy S20 Ultra 5G dihasilkan melalui pemprosesan Samsung 7nm kemudian, pada setiap cip tersebut, ada 3 kluster teras iaitu:

  • 2 x Exynos M5
  • 2 x Cortex A76
  • 4 x Cortex A55

Beralih ke Exynos 2100, Samsung telah meninggalkan penggunaan teras custom Exynos sebaliknya menggunakan saja solusi yang serupa digunakan oleh Snapdragon 888. Maka, anda akan temui teras seperti:

  • 1 x Cortex X1
  • 3 x Cortex A78
  • 4 x Cortex A55
BACA  Perbandingan Kamera: iPhone 12 Pro Max, iPhone 12, Galaxy Note20 Ultra, & Galaxy S20 FE

Selain itu, proses penghasilan cip ini gunakan kaedah yang lebih baru iaitu Samsung 5nm. Ia proses yang sama digunakan pada Snapdragon 888. Walaupun spesifikasi teknikal Exynos 2100 nampak menyerupai Snapdragon, ia berbeza daripada segi penggunaan GPU (Mali G78MP14) dan juga modem 5G sendiri.

5. Pengecasan 45W vs. 25W serta tiada pengecas disertakan

Galaxy S20 Ultra 5G dilengkapi bateri terbesar dalan sejarah Galaxy S. Bagi tujuan mengisi tangka 5,000mAh yang dimilikinya, ia menyokong pengecasan pantas 45W namun, hanya 25W sahaja yang diberikan. Pengecasan pantas ini menggunakan piawiaan Super Fast Charging 2.0.

Galaxy S20 Ultra menyokong pengecasan 45W tapi blok pengecas 25W disertakan dalam kotak

Kalau anda katakan di S21 Ultra 5G pun akan gunakan teknologi yang sama kerana kapasiti baterinya sama besar, makanya anda silap. Sudahlah ia tak lagi menyokong pengecasan pantas 45W dalam kotaknya langsung tak diberikan pengcas.

Kotak yang nipis melambangkan tiada lagi pengecas disediakan

Hal tentang sokongan pengecasan tidak diperincikan dalam laman rasmi dan kami terpaksa mencari pengesahan terus daripada Samsung.

6. Sensor 108MP yang baru

Dalam siaran langsung pembentangan, Samsung tidak menyentuh sangat tentang kamera 108MP, tapi mereka ada sebut yang mereka naik taraf sensornya.

Galaxy S20 Ultra gunakan sensor ISOCELL HM1 108MP

Kami mendapatkan pengesahan daripada Samsung dan ya, Samsung Galaxy S21 Ultra 5G menggunakan sensor ISOCELL HM3 yang baharu berbanding HM1 yang mereka gunakan pada S20 Ultra 5G yang dulu.

Pada helaian spesifikasi, HM3 lebih baik daripada HM1 daripada segi:

  • Sistem autofokus yang ditambah baik kepada Super-PD Plus
  • Sokongan rakaman RAW shingga 12 bit
  • Keupayaan rakaman video setinggi [email protected]

Makanya, anda boleh jangkakan prestasi kamera yang ditambah baik berbanding S20 Ultra 5G, malahan Note20 Ultra 5G juga.

7. Storan dalaman bermula 256GB tapi tiada lagi slot mikro-SD

Sewaktu Galaxy S20 Ultra 5G yang lalu, ia ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu RAM 12GB dengan storan 128GB. Ia menimbulkan rungutan ramai pengguna diluar sana kerana 128GB untuk telefon berharga hampir RM5,000 adalah tidak wajar.

BACA  Telefon Pintar Terbaik Sepanjang Tahun 2020 di Malaysia
Galaxy S20 Ultra hadir dengan storan 128GB tapi ada slot mikro-SD

Namun, mujurlah telefon itu mampu terima sekeping mikro-SD untuk diperluas ruang penyimpanannya. Di Galaxy S21 Ultra 5G lain pula ceritanya kerana ia tidak lagi ada slot mikro-SD.

Tapi, Samsung Galaxy S21 Ultra 5G ditawarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu yang miliki storan 256GB dan 512GB. Varian 245GB ada RAM 12GB manakala varian 512GB ada RAM 16GB.