• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor dijangka akan kembali menggunakan Google di dalam telefon pintar

  • OLEH Najib
  • 7:08 pm
  • 20/01/2021
  • Komen
Honor dijangka akan kembali menggunakan Google di dalam telefon pintar
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas beberapa penangguhan, Honor memaklumkan akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Honor V40 5G pada 22 Januari 2021 di China. Mereka menyatakan masalah teknikal dan tempat menjadi penyebab kelewatan tetapi ada yang mengatakan alasan sebenar adalah Google.

Disebabkan sekatan terhadap Huawei pada 2019, Honor turut terpalit sama dalam senarai hitam oleh Amerika Syarikat, mengakibatkan mereka tidak lagi boleh menggunakan perkhidmatan Google di dalam telefon pintar. Untuk memulihkan kembali pasaran Honor, Huawei bertindak untuk menjual pegangan mereka di dalam Honor kepada pihak lain.



Perkara tersebut dilihat akan membuahkan hasil kerana desas-desus tentang adanya Google di peranti terbaru Honor kini bertiup kencang. Ia juga dikatakan menjadi alasan kenapa Honor menangguhkan tarikh pelancaran Honor V40 5G, kerana mahu melancarkannya bersama Google sedia digunakan di dalamnya.

Tahun lepas, pelancaran Honor V30 di China tidak disambung dengan pelancaran versi globalnya, Honor View 30. Ia dilihat berkaitan kekurangan sumber untuk menghasilkan produk serta pemasaran yang kurang memberangsangkan akibat sekatan Amerika Syarikat.



Sumber: weibo

Jika Honor berjaya menyediakan Google di dalam V40, ia pasti akan dilancarkan di peringkat antarabangsa menggunakan nama Honor View 40. Telefon ini dijangka tidak lagi menggunakan cip Huawei Kirin, sebalikya akan menggunakan cip Mediatek Dimensity 1000+. Skrinnya dari jenis OLED 120Hz berukuran 6.72-inci, dengan kamera utama 50MP dan menyokong pengecasan pantas 66W dan pengecasan wayarles 55W.

Persoalan seterusnya, adakah Honor akan kekal menggunakan Magic UI yang diubah sedikit dari sistem operasi Huawei EMUI? Bagaimana dengan nasib telefon pintar Honor sebelum ini yang tiada Google, adakah ia akan boleh memasang Google selepas ini? Kita tunggu apa yang akan Honor umumkan pada 22 Januari nanti.

[Sumber: GSMArena, Lenta, weibo]

Tags: Hono V40honor
Najib

Najib

POPULAR

Honor dijangka akan kembali menggunakan Google di dalam telefon pintar

Honor dijangka akan kembali menggunakan Google di dalam telefon pintar

20 January 2021
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER