• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lepas tular di Twitter, kerajaan akan kaji panjangkan waktu operasi kedai makan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:09 pm
  • 21/01/2021
  • Komen
Lepas tular di Twitter, kerajaan akan kaji panjangkan waktu operasi kedai makan
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan telah menetapkan, sepanjang tempoh PKP, aktiviti jualan makanan di restoran, kedai, gerai, kenderaan saji (food truck) dan penjaja tepi jalan hanya dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam sahaja.

Walapun begitu, dalam satu sidang media baru-baru ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sudah meminta pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kaji semula tempoh operasi perkhidmatan kedai makan.



Ia berikutan banyak rungutan dan aduan daripada masyarkat mengenai tempoh tersebut. Masa operasi kedai makan yang ditetapkan telah menyukarkan individu yang pulang malam dari kerja untuk mendapatkan perkhidmatan itu.

Namun, Datuk Ismail Sabri menjelaskan bahawa mereka bimbang, sekiranya kelonggaran ini diberikan kepada pengusaha kedai makan, akan ada kedai perkhidmatan lain juga yang meminta untuk dilanjutkan waktu perkhidmatan.



Walaupun begitu, KKM belum mengeluarkan lagi apa-apa pandangan mengenai perkara ini. Namun, sekiranya ada pindaan, perkara ini kelak akan diumumkan dengan segera kepada masyarakat.

Tular di Tweeter amukan, ‘Si Bodoh’

Dapat dilihat, ramai individu di Twitter mengeluh tentang waktu operasi kedai makan yang telah ditetapkan sepanjang PKP itu.

Walaupun begitu, masih ada individu yang positif memikirkan solusi untuk perkara tersebut. Individu itu mencadangkan agar pesanan dilakukan awal kepada perkhidmatan penghantaran makanan, jika mengetahui bahawa esok akan pulang lewat dari kerja.

Namun, dia mendapat kecaman dek kerana ideanya itu tidak dapat dimanfaatkan oleh semua orang.

Maka, tular indivdu di Twitter mengamuk membalas tweet tersebut. Dia mengatakan bahawa, dalam masa yang terhad itu sahaja seluruh rakyat Malaysia akan membuat pesanan di kedai makan sehingga mesin Food Panda atau Grab juga hang.

Perkara itu juga menyusahkan kakitangan yang perlu menyediakan makanan dalam masa yang singkat.

Maka, jika tempoh operasi kedai makan dilanjutkan, masyarakat tidak perlu bimbang sekiranya pulang malam dari tempat kerja, kerana mereka masih boleh mendapatkan makanan.

Selain itu, peniaga juga akan dapat peluang untuk menambah pendapatan mereka, begitu juga individu yang bekerja sebagai penghantar makanan. Lantaran itu juga, tidak akan ada sesiapa lagi yang akan mengamuk di media sosial tentang isu operasi kedai makan.

[Sumber: TheStar]

Tags: pkp
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Lepas tular di Twitter, kerajaan akan kaji panjangkan waktu operasi kedai makan

Lepas tular di Twitter, kerajaan akan kaji panjangkan waktu operasi kedai makan

21 January 2021
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN