• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKP di 7 negeri dilanjutkan sehingga 4 Februari, diseragam dengan 6 negeri lain

  • OLEH Najib
  • 6:36 pm
  • 21/01/2021
  • Komen
PKP di 7 negeri dilanjutkan sehingga 4 Februari, diseragam dengan 6 negeri lain
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam satu sidang media khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) petang tadi, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan lanjutan PKP terhadap 7 negeri yang dikenakan PKP terawal, pada 13 Januari lepas. Bagaimanapun, lanjutan ini selama 9 hari sahaja.

Seluruh negeri Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan), Melaka, Johor, Kelantan dan Sabah, akan dilanjutkan PKP sehingga 4 Februari 2021. Ini disebabkan jangkitan COVID-19 masih tidak menurun di negeri tersebut malah. Malah, jangkitan komuniti masih tinggi di kalangan penduduk, tidak terhad kepada pekerja kilang dan tapak binaan sahaja.



Lanjutan 9 hari ini dibuat untuk menyeragamkan tarikh PKP di seluruh negara, di mana enam negeri lain iaitu Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis, dikenakan PKP dari 22 Januari hingga 4 Februari. Hanya negeri Sarawak sahaja tidak dikenakan PKP, kecuali di daerah Sibu, Kanowit dan Selangau.

Sepanjang PKP berkuatkuasa, aktiviti sosial dan berkumpulan tidak dibenarkan. Pergerakan rentas daerah dan negeri juga tidak dibenarkan.



Sekatan jalanraya dilaksanakan semula sewaktu PKP. Hanya 2 orang dari rumah yang sama dibenarkan keluar untuk keperluan asas, terhad dalam radisu 10km sahaja. Kedai makan hanya dibenarkan menjual makanan bawa pulang sahaja, tiada makan di dalam kedai. Untuk perkhidmatan penghantaran makanan, dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Aktiviti kecergasan sendiri dibenarkan dengan dua orang dibenarkan bersama untuk berjogin atau berbasikal, dengan menjaga penjarakan fizikal 2 meter dari orang lain. Individu yang melanggar arahan boleh didenda maksimum RM1,000. Bagaimanapun di waktu darurat, denda ini boleh diubah untuk dikenakan lebih tinggi.

[Sumber: MKN, Astro Awani]

Tags: COVID-19pkp
Najib

Najib

POPULAR

PKP di 7 negeri dilanjutkan sehingga 4 Februari, diseragam dengan 6 negeri lain

PKP di 7 negeri dilanjutkan sehingga 4 Februari, diseragam dengan 6 negeri lain

21 January 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN