• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme Watch S Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:09 pm
  • 21/01/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia memulakan deretan pelancaran produk baru mereka tahun ini, dengan melancarkan jam pintar dengan fungsi tercanggih, Realme Watch S Pro. Jam pintar ini memiliki naik taraf yang banyak, berbanding Realme Watch S yang diperkenal tahun lepas.

Jam pintar terbaru Realme ini kini memiliki fungsi penjejak lokasi GPS terbina di dalam, skrin sentuh AMOLED dan badan lebih teguh diperbuat dari besi tahan karat. Realme mengumumkan harga jualan Realme Watch S Pro ialah RM599, hampir sekali ganda dari Realme Watch S iaitu RM369.



Orang ramai boleh membeli Realme Watch S Pro bermula dari 30 Januari 2021 di Realme Brand Store dan pengedar sah Realme di seluruh negara. Jualan di dalam talian pula bermula dari 4 Februari 2021, di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi

Jam ini menggunakan skrin AMOLED berukuran 3.5cm, membolehkan paparan sentiasa hidup sepanjang masa diaktifkan. Kaca Corning Gorilla Glass yang tahan lasak, digunakan untuk melindungi skrin. Rupa premium ini ditambah dengan badan jam yang diperbuat dari besi tahan karat.



Fungsi tercanggih padanya adalah sensor GPS terbina di dalam. Pengguna juga boleh menggunakannya bagi aktiviti di dalam air, kerana Realme Watch S Pro kalis air sehingga 5ATM. Selain itu, ia boleh mengesan denyutan nadi, dan memantau tahap oksigen di dalam darah.

Kuasa bateri di dalamnya boleh memberikan tenaga sehingga 14-hari secara berterusan. Realme Watch S Pro boleh dipadankan dengan peranti Android dan iPhone, menggunakan aplikasi Realme Link. Dengan aplikasi ini, pengguna boleh mendapatkan ratusan muka jam untuk digunakan.

Tags: RealmeRealme Watch S Pro
Najib

Najib

POPULAR

Realme Watch S Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

21 January 2021
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

31 May 2026
Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

5 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN