Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Galaxy A82, sekuel telefon kamera berputar Samsung dilapor sedang dibangunkan

Dalam tahun 2019, Samsung ada keluarkan sebuah telefon dengan rekaan yang radikal.

Sedang banyak pengeluar menggunakan penyelesaian paparan berlubang untuk menempatkan kamera selfie, Samsung mengambil jalan menggunakan kamera belakangnya sebagai kamera selfie melalui mekanisme berputar.

Kemudian, telefon ini tidak mendapat sekuelnya. Mungkin disebabkan harganya yang agak tinggi sewaktu pelancarannya iaitu RM2,499. Sedangkan Galaxy A71 yang ada spesifikasi hampir serupa harganya lebih munasabah.

Namun begitu, Samsung dikhabarkan tidak berputus asa dengan Galaxy A80 apabila spekulasi menyatakan yang mereka sedang hasilkan Galaxy A82 yang ada mekanisme seakan Galaxy A80 yang dulu. Maklumat yang ada masih sangat kabur kecualilah ia akan menyokong rangkaian 5G.

Sekiranya spekulasi ini benar, ini adalah berita yang menarik kerana menggunakan kamera belakang sebagai kamera selfie punyai beberapa kelebihan. Paling utama adalah kualiti gambarnya rata-rata lebih baik sebab pengeluar telefon biasanya berikan sensor yang terbaik pada kamera belakang telefon keluaran mereka.

[Sumber: GSMArena]

BACA  Apple guna khidmat TSMC untuk hasilkan panel paparan generasi baru