• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CAAM umum akan umum undang-undang dron baru dalam bulan Februari 2021

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:37 am
  • 26/01/2021
  • Komen
Sony nak cabar DJI dalam dunia drone dengan Airpeak
Share on FacebookShare on Twitter

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) adalah badan pengelola hal-hal berkaitan pesawat tanpa pemandu (UAV) dalam ruang angkasa Malaysia. Para pengguna yang memiliki dron, sama ada jenis hobi mahupun tujuan komersial, mereka perlulah mengikut undang-undang yang telah digariskan CAAM.

Menurut laporan, CAAM akan mengumumkan undang-undang baru berkaitan dron seawal Februari 2021 dengan matlamat untuk memastikan hanya pilot yang betul-betul layak diberikan kebenaran untuk mengendalikan mesin tersebut.



CAAM Beri Peringatan Kepada Operator Dron Dalam Situasi COVID-19

Selain itu, mereka juga ingin memastikan masa depan cerah dalam industri dron ini melalui tatacara penguatkuasaan yang cekap.

Setakat ini, peralatan pesawat tanpa pemandu seperti dron tertakluk kepada Peratura-Peraturan Penebangan Awam Malaysia (PPA 2016). Awal Disember yang lalu, CAAM telah mengingatkan pilot dron supaya beroleh kebenaran sebelum menerbangkan pesawat masing-masing.



Kebenaran ini boleh didapatkan secara dalam talian, seperti yang kami laporkan dulu.

Pihak berkuasa ingatkan pilot untuk peroleh kebenaran sebelum terbangkan dron. Ini caranya

Berdasarkan Peraturan Penerbangan Awam (PPA) 2016, Peraturan 140-144 dan Pekeliling Maklumat Aeronautik 04/2008, kebenaran perlu dipohon oleh sesiapa yang ingin terbangkan dron yang dilengkapi alat peninjau seperti kamera, dalam keadaan seperti:

  • Di atas kawasan yang digazetkan sebagai kawasan perumahan, komersial, industri ataupun rekreasi.
  • 150m dari kawasan yang digazetkan sebagai kawasan perumahan, komersial, industri ataupun rekreasi.
  • atas mana-mana perhimpunan melebihi 1,000 orang
  • 50m daripada apa-apa struktur atau kenderaan yang bukannya di bawah kawalan pilot.
  • Dalam jarak 50 meter daripada mana-mana individu
  • Dalam jarak 30 meter daripada mana-mana individu semasa berlepas ataupun mendarat.

[Sumber: Berita Harian]

Tags: caamdron
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

6 telco akan muktamadkan perjanjian 5G awal Julai, DNB beri diskaun sehingga liputan 80% tercapai

30 Jun 2022
Polis dan KKM tak cukup untuk pantau pematuhan SOP COVID-19, kerajaan akan tubuhkan pasukan baharu

Annuar Musa: Penjualan pegangan DNB kepada 6 telco akan muktamad pada 8 Julai

1 Julai 2022
[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

27 Jun 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER