Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Berita Dr Noor Hisham letak jawatan Ketua Pengarah Kesihatan adalah palsu

Apabila wabak COVID-19 melanda dunia dan Malaysia setahun yang lepas, watak utama yang sering muncul di tv dan dada akhbar membuat sebarang pengumuman mengenainya adalah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham. Beliau baru-baru ini tampil menafikan satu khabar angin yang tersebar mengenai perletakan jawatan.

Menerusi satu hantaran ringkas di akaun media sosialnya, Dr Noor Hisham menangkis dakwaan mesej tular yang kononnya beliau telah meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Menurut beliau di akaun twitter miliknya, berita ini adalah palsu dan mengelirukan orang ramai.

Mesej palsu tersebut tertulis bahawa Dr Noor Hisham telah meletak jawatannya akibat peningkatan kes COVID-19 yang ketara kebelakangan ini. Malah, mesej tersebut menyatakan PKP adalah alasan untuk Perdana Menteri dan dua menteri mengekalkan kuasa.

Penafian yang sama turut dimuat naik di twitter Kementerian Kesihatan Malaysia yang berkongsi sumber mesej tular lain tetapi teks yang sama, menyatakan bahawa kes positif sebenar sangat rendah, di bawah 100 kes sehari dan disebabkan itulah pasar malam dan tadika dibenarkan di buka sewaktu PKP.

Dengan penafian ini, orang ramai boleh terus mendapatkan berita dan sumber sahih mengenai COVID-19 dalam negara secara terus dari orang paling penting di Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham.

[Sumber: Malay Mail]

BACA  WhatsApp tambah ciri pengesahan biometrik untuk pengguna aksesnya melalui komputer