SoyaCincau telah berpindah ke pejabat baharu sejak hujung tahun 2020. Justeru, kami ada mengumpul banyak barangan teknologi dan aksesori yang tidak digunakan di pejabat lama lalu membawanya kesini. Dengan itu, kami mengambil peluang untuk melelongnya kepada anda semua melalui acara Lelong Je Lah!
Acara ini akan bersiaran secara langsung di Facebook SoyaCincau pada 5 Februari 2021 bersamaan hari Jumaat. Ia akan berlangsung jam 2 petang selama satu jam.
Item yang tersedia untuk dibida
Dalam acara ini, kami akan menawarkan lebih daripada 100 item untuk dibida, ia merangkumi alat teknologi, aksesori, mainan dan juga baju t–shirt SoyaCincau. 20 item akan dibuka untuk bidaan secara langsung melalui Facebook Live, manakala selebihnya boleh didapati melalui perkongsian kami di laman sosial SoyaCincau.
Antara item yang menarik untuk direbut dalam acara ini ialah model skala Geely Boyue 1:18 yang menyerupai Proton X70, sarung Apple Leather Folio untuk iPhone X, tali jam pintar Apple dan Mi Band 4.
Di sertakan di bawah ini antara item yang boleh anda bida pada 5 Februari nanti:
Harga rizab yang ditetapkan adalah amat rendah jika dibandingkan dengan harga asal sesebuah item. Maka, sudah tentu harga yang anda akan terima untuk sesebuah item adalah harga yang sangat berbaloi.
Cara bida dalam Lelong Je Lah!
Untuk membida item, anda perlu memasukkan kod “(emoji tangan) jumlah yang anda ingin bidakan (RM) (emoji tangan)” pada ruangan komen ketika acara Lelong Je Lah! sedang berlangsung. Contohnya adalah seperti imej di bawah:
Setiap satu item, hanya dua minit sahaja masa yang diberikan untuk penonton membida. Maksudnya, jika anda meletakkan kod bida selepas 2 minit itu tamat, maka bidaan anda tidak diterima.
Item hanya akan diberikan kepada anda apabila harga rizab telah tercapai. Contoh seperti Mi Band 4, harga rizabnya adalah RM50, maka ia hanya akan diserahkan kepada pembida sekiranya jumlah yang dibidakan adalah RM50 dan ke atas.
Tiga pembida teratas akan direkodkan oleh modetator kami ketika acara sedang berlangsung. Sekiranya pembida dengan harga paling tinggi mengundurkan diri, maka kami akan memilih pembida kedua yang meletakkan harga tertinggi sebagai ganti.
Selain itu, diingatkan juga bahawa penerima item perlu menambah wang pos untuk kami menyerahkan item tersebut kepada anda.
Tawaran yang kami sediakan amat berbaloi. Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Ketahui lebih lanjut mengenai Lelong Je Lah! melalui laman sesawang rasmi kami di Facebook, Twitter dan Instagram.