• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pantau jejak langkah lebih jitu dengan Huawei Band 4e, akan dilancarkan di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 4:20 pm
  • 08/02/2021
  • Komen
Pantau jejak langkah lebih jitu dengan Huawei Band 4e, akan dilancarkan di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Peranti aktiviti kecergasan semakin diminati ramai melihatkan harganya semakin mampu dimiliki. Pengimbas denyutan nadi dan penjejak langkah sudah banyak dilambak di pasaran. Jika anda mahukan lebih lagi, anda boleh dapatkan Huawei Band 4e yang akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi.

Huawei Band 4e boleh dilihat sebagai tambahan kepada peranti penyimbas denyutan nadi kerana ia tiada fungsi ini. Kelebihannya ialah pada sensor 6-paksi di mana ia boleh memantau pergerakan anda dengan lebih jitu.



Secara ringkas, terdapat dua cara memakai Huawei Band 4e iaitu di pergelangan tangan dan di kaki. Jika dipasang di tangan, ia boleh dijadikan sebagai jam dan menjejak langkah kaki, serta boleh menjadi pemantau waktu tidur.

Tetapi kehebatannya ditonjolkan apabila dipasang di kasut sewaktu membuat aktiviti kecergasan. Dengan sensor 6-paksi, ia bukan sahaja mampu mengira langkah, malah boleh mengukur jarak langkah, ketinggian langkah, masa mencecah tanah dan banyak lagi.



Terdapat dua mod boleh digunakan apabila dipasang di kasut, satu adalah mod bola keranjang dan yang kedua adalah mod langkah. Menggunakan data yang dikumpulkan dan berhubung dengan aplikasi Huawei Health di telefon pintar, ia boleh membantu pengguna mengenalpasti prestasi pergerakan kaki.

Huawei Band 4e memiliki hayat bateri yang panjang. Sehingga 2 minggu untuk penggunaan biasa dan sehingga 21 hari di dalam mod bersedia. Ia menggunakan dok khas untuk mengecas yang disambungkan ke port USB-A.

Selain itu, Band 4e kalis air sehingga 50 meter dalam selama 10 minit. Tidak perlu risau akan percikan peluh dan mudah dicuci selepas kotor digunakan sewaktu bersukan.

Walaupun mengumumkan akan datang, Huawei Malaysia masih belum berkongsi tarikh pelancarannya. Untuk perbandingan, Huawei Band 4e telah pun dijual di Indonesia pada harga IDR 349.000 (~RM101). Dijangkakan harga yang hampir serupa juga akan kelihatan di Malaysia kelak.

Sementara itu, boleh dapatkan maklumat lanjut mengenainya di laman web Huawei Malaysia.

Tags: HuaweiHuawei Band 4e
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Pantau jejak langkah lebih jitu dengan Huawei Band 4e, akan dilancarkan di Malaysia

Pantau jejak langkah lebih jitu dengan Huawei Band 4e, akan dilancarkan di Malaysia

8 February 2021
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN