• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelanggan Telco: U Mobile, Digi tersungkur; Celcom menang besar sewaktu PKP

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:31 pm
  • 10/02/2021
  • Komen
Telco Akan Dibenar SKMM Untuk Jaja Nombor Telefon Macam Nombor Pendaftaran Kenderaan
Share on FacebookShare on Twitter

Opensignal telah terbitkan satu analisis yang mengandungi maklumat tentang perubahan jumlah pengguna (prabayar dan pascabayar) dengan julat data antara 2019 hingga 2020.

Daripada graf yang dikongsikan, U Mobile dan Digi adalah dua telco yang kehilangan pengguna pada kadar yang agak nyata berbanding telco yang lain. Bila tahun 2020 tamat, U Mobile kehilangan lebih 2% pengguna berbanding permulaan tahun 2019.



Tapi U Mobile menikmati peningkatan jumlah pengguna sekitar Julai 2019. Ia berkemungkinan besar hasil pengenalan prabayar U Mobile Unlimited Funz.

U Mobile Unlimited Funz beri internet tanpa had bermain game, bersosial dan bermesej

Situasi Digi pula agak menyedihkan, mereka menunjukkan trend penurunan pengguna sejak 2019. Mana taknya, pelan prabayar unlimited mereka hanya terbuka untuk pengguna sedia ada yang layak menerusi kempen Box of Surprises. Hasilnya, Digi Unlimited tidak beri kesan sangat pada jumlah penggunannya walaupun diperkenalkan penghujung Jun 2020.



Pas Internet tanpa had Digi pun harga RM35 tapi untuk yang tertentu sahaja

Celcom, selepas PKP 18 Mac 2020 diperkenalkan, pengguna mereka mencanak naik. Tapi waktu itu, Celcom tiada apa-apa produk baru. Pelan unlimited Celcom Mega mereka diperkenalkan awal Februari 2020.

Celcom Mega, Pelan Baru Yang Benarkan Anda Tukar Pelan Setiap Bulan Tanpa Penalti

Yang boleh saya simpulkan adalah ia ada kena mengena dengan liputan Celcom. Waktu PKP dulu, semua orang perlu berkurung di rumah sendiri berbanding tertumpu di pejabat-pejabat. Menurut laporan Opensignal dalam bulan September 2020, Celcom adalah penyedia telco dengan liputan 4G terbaik.

Sumber

Sebelum anda buat apa-apa kesimpulan, ada dua perkara yang perlu anda masukkan untuk pertimbangan.

  1. Data ini datangnya daripada pengguna telefon yang memasang APP Opensignal (Android, iOS). Maka, ia tidak mewakili populasi keseluruhan pengguna telefon di Malaysia.
  2. Landskap prabayar dilihat sangat volatile berbanding pascabayar. Maka, perubahan daripada segi penawaran produk akan memberi impak sangat besar pada pengguna yang port masuk mahupun keluar. Lagipun, lebih mudah untuk “pindah kapal” untuk pengguna prabayar berbanding pascabayar.

Sumber: Opensignal

Tags: celcomdigimaxisOpenSignalOpenSignal Malaysiau mobile
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Telco Akan Dibenar SKMM Untuk Jaja Nombor Telefon Macam Nombor Pendaftaran Kenderaan

Pelanggan Telco: U Mobile, Digi tersungkur; Celcom menang besar sewaktu PKP

10 February 2021
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN