Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

SKMM siasat Sugarbook, bimbang ada aktiviti pelacuran

Secara umumnya, Sugarbook merupakan sebuah paltform buat individu yang mahu mencari sugar daddy atau sugar baby dan ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Namun, aplikasi ini sekarang berada di dalam siasatan berikutan penularan gimik pemasarannya.

Siasatan aplikasi Sugarbook

Baru-baru ini, Malaysia dilapor berada pada kedudukan ketiga tertinggi di Asia, bagi negara mempunyai bilangan sugar daddy paling ramai melalui aplikasi Sugarbook selepas India dan Indonesia.

Selain itu, Sugarbook baru-baru ini mendakwa semakin ramai wanita Malaysia terutamanya penuntut Universiti menawarkan diri sebagai sugar baby di aplikasi tersebut. Hal ini dikesan sebagai gimik pemasaran aplikasi dating itu.

Justeru, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menjalankan siasatan ke atas aplikasi Sugarbook untuk mengenal pasti sama ada aplikasi itu berdaftar di Malaysia atau ia hanya diguna pakai di negara ini.

Tindakan undang-undang ke atas aplikasi ini boleh dikenakan jika ia berdaftar di Malaysia dan mempunyai transaksi berkaitan gaya hidup tidak bermoral contohnya mempromosi aktiviti pelacuran.

Risiko jadi mangsa love scam

Dalam pada itu, dakwaan gimik pemasaran Sugarbook akan disiasat dan profil pengguna akan disahkan. Ianya kerana, profil boleh diolah sesuka hati untuk tujuan berlainan termasuklah untuk memperdaya mangsa. Antara maklumat yang boleh di tipu di dalam aplikasi itu ialah nama, usia, jantina bahkan gambar profil juga.

Oleh itu, individu yang mendaftar dalam aplikasi ini berisiko menjadi mangsa jenayah siber seperti love scam (scam percintaan) dan gangguan seksual. Ia berikutan kepada maklumat pengguna yang terdedah kepada malware dan spyware.

Namun begitu, KKM dengan kerjasama PDRM akan terus menyiasat aplikasi Sugarbook dan akan mengambil tindakan terhadap pengguna sekiranya didapati melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang negara.

BACA  Alpha 1: Kamera mirrorless Sony paling berkuasa dilancarkan

Secara tuntasnya, tidak perlulah individu melibatkan diri dalam aplikasi ini. Belum tentu profil sugar daddy atau sugar baby yang dinyatakan di dalam Sugarbook adalah betul. Malah, anda juga berpotensi menjadi mangsa penipuan.

Jika tujuan adalah ingin mencari pasangan, ada banyak platform lain yang selamat boleh anda kunjungi seperti aplikasi Hawaya, Joompa dan banyak lagi.

[Sumber: SKMM, BH]