• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton Saga & Iriz Edisi R3 akan dilancar bersama Persona & Exora Edisi Hitam

  • OLEH Najib
  • 1:06 pm
  • 16/02/2021
  • Komen
Proton Saga & Iriz Edisi R3 akan dilancar bersama Persona & Exora Edisi Hitam
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun lepas, Proton telah melancarkan Proton Saga Edisi Ulangtahun ke-35 berwarna hitam dalam unit terhad, hanya 1,100 unit sahaja dihasilkan. Tetapi tidak lama lagi, Proton dilihat mahu melancarkan empat lagi model kereta keluaran mereka, juga dalam warna hitam eksklusif.

Pada hari Khamis ini, 18 Februari 2021, Proton akan mengadakan acara pelancaran dalam talian di mana ia akan mempersembahkan empat model edisi khas iaitu Saga, Persona, Iriz dan Exora. Dari video yang dikongsikan, ia menunjukkan warna hitam menjadi tema edisi khas ini.



Majlis pelancaran ini akan dibuat secara dalam talian menerusi Facebook Live, bermula pukul 11 pagi pada hari Khamis, 18 Februari 2021. Proton dijangka akan turut mengumumkan harga, tarikh jualan dan spesifikasi edisi khas ini.

Jika Proton mengambil langkah yang sama seperti Edisi Ulangtahun ke-35 Proton Saga, bermakna tiada perubahan pada spesifikasi kereta tetapi ia menerima cat hitam di dalam dan luar kenderaan. Lebih baik lagi, harganya kekal sama seperti edisi biasa.



Saga & Iriz Edisi R3

Tetapi perkara lebih menarik tentang pelancaran ini adalah kemunculan edisi R3. Perkara ini ditemui oleh PaulTan di dalam laman pendaftaran minat.

Sumber: PaulTan

Perkara ini ditambah lagi dengan penemuan rupa sebenar Saga dan Iriz R3. Ia memiliki warna hitam di seluruh badan dan rim tayar, serta garisan kuning di jeriji hadapan dan cermin sisi. Jika ia membawa nama R3, sudah pasti ia tidak hanya diubah pada rupa sahaja, tetapi dinaik taraf pada beberapa bahagian kereta seperti penyerap hentakan, suspensi, brek atau ekzos untuk prestasi lebih baik dari model biasa.

Jika anda sangat berminat untuk mengetahui apakah yang akan Proton lancarkan, jangan lupa berkunjung ke Facebook Proton Cars Official Khamis ini, pukul 11 pagi. Dijangka Proton akan turut membuka tempahan selepas tamat majlis pelancaran.

Tags: protonProton Exoraproton irizproton persona
Najib

Najib

POPULAR

Proton Saga & Iriz Edisi R3 akan dilancar bersama Persona & Exora Edisi Hitam

Proton Saga & Iriz Edisi R3 akan dilancar bersama Persona & Exora Edisi Hitam

16 February 2021
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN