• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Microsoft Edge uji mod kanak-kanak, ibu bapa boleh tapis kandungan carian Internet

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:19 pm
  • 17/02/2021
  • Komen
Microsoft Edge uji mod kanak-kanak, ibu bapa boleh tapis kandungan carian Internet
Share on FacebookShare on Twitter

Adakalanya, ibu bapa tidak dapat memantau sepenuh masa perkara yang dilayari oleh anak, apabila mereka menggunakan Internet melalui telefon atau komputer. Oleh itu, bagi memastikan anak terhindar dari melihat perkara yang tidak sepatutnya, Microsoft mengemas kini penyemak imbas di pelayar Edge dengan menambah ciri kids mode.

Ciri ini boleh diaktifkan mengikut keperluan dan ia disasarkan untuk kanak-kanak berusia antara 5 hingga 12 tahun. Dengan penambahan mod ini, kanak-kanak akan melayari Internet dengan kandungan yang terhad.



Cara aktifkan kids mode

Pengguna boleh mengaktifkan kids mode dengan memilih ciri itu pada profil di Microsoft Edge bahagian atas kanan. Akan ada di situ pilihan browse in kids mode. Anda boleh tekan untuk mengaktifkannya.

Sumber

Melalui mod ini, anda boleh menyediakan allow list (senarai yang dibenarkan) laman sesawang yang sesuai untuk diakses oleh anak-anak anda. Anda juga boleh menukarnya dari masa ke masa.



Untuk keluar dari mod ini, anda hanya perlu memasukkan kata laluan Edge kepunyaan anda.

Dengan adanya kemaskini ini, ibu bapa boleh mengaktifkannya dan tidak perlu risau lagi dengan laman sesawang yang diakses oleh anak-anak. Walaupun begitu, ciri ini masih belum tersedia secara meluas, tetapi ia ada di Edge Insiders, saluran ujian Canary Microsoft. Ciri ini akan hadir ke saluran dev tidak lama lagi.

[Sumber: Engadget, TheVerge]

Tags: microsoft edge
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Microsoft Edge uji mod kanak-kanak, ibu bapa boleh tapis kandungan carian Internet

Microsoft Edge uji mod kanak-kanak, ibu bapa boleh tapis kandungan carian Internet

17 February 2021
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN