• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Malaysia tempat penguatkuasa dan ahli politik pening, menurut pengguna Facebook ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:09 pm
  • 22/02/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Majlis Keselamatan Negara (MKN), dalam dokumen SOP yang dikemaskini pada 19 Februari 2021 menjelaskan bahawa persempadanan yang diguna pakai pihak mereka untuk membezakan daerah adalah yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Kemudian, bagi kawasan Wilayan Persekutuan Kuala Lumpur, MKN meletakkannya dibawah satu daerah.



Ia berikutan terdapat kekeliruan malah dalam kalangan penguat kuasa sendiri apabila menguatkuasakan larangan tidak boleh rentas daerah untuk kawasan dibawah PKP seperti Selangor dan Kuala Lumpur.

Pada Sabtu, 21 Februari 2021, ada seorang pengguna Facebook merungut yang anaknya menerima kompoun apabila bergerak daripada Subang Jaya ke Bukit Jelutong. Pada hal, kedua-dua kawasan tersebut di bawah daerah Petaling. Namun, menurut pihak polis tempat dia mencari penjelasan, kawasan sempadan adalah pengikut sempadan kuasa Ibu Pejabat Polis Daerah pula.



Lebih parah, dia gagal untuk selesaikan tawaran kompaun tersebut sebab Pejabat Kesihatan Kelana Jaya, tempat kompound boleh dibayar berada di luar daerah kediamannya. Untuk maklumat anda, polis mengeluarkan tawaran kompaoun bagi pihak Kementerian Kesihatan. Maka, urusan menjelaskan kompaun perlulah dilakukan di Pejabat Kesihatan dan bukannya balai polis.

Walaupun MKN telah memansuhkan halangan bergerak dalam radius 10km untuk Selangor dan Kuala Lumpur, penduduknya masih tidak dibenarkan untuk merentas daerah yang jadikan pemansuhan itu seperti tak berguna pun.

Sumber: MalayMail

Tags: COVID-19pkpPKPB
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Malaysia tempat penguatkuasa dan ahli politik pening, menurut pengguna Facebook ini

22 February 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN