• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Kalau cari telefon berbateri besar, sila cari Galaxy M62

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:32 am
  • 01/03/2021
  • Komen
Kalau cari telefon berbateri besar, sila cari Galaxy M62
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda cari telefon dengan bateri besar, tak perlu cari lagi sebab saya yakin ini adalah telefon berbateri terbesar untuk tahun 2021. Galaxy M62 hadir dengan bateri 7,000mAh dan anda boleh belinya pada harga RM1,599 pada 3 Mac 2021.

Selepas hari tersebut, ia akan dijual pada harga RM1,999. Di laman Lazada, telefon itu disenaraikan pada harga RM1,999 tapi harga promonya RM1,799. Mungkin lagi RM200 yang tiada akan diberikan secara baucar terhad.



Bila anda dapatkan Galaxy M62, ia miliki spesifikasi setaraf Galaxy Note 10 kerana ia ada SoC Exynos 9825 atas papan utamanya. Cip tersebut ditemani kombinasi RAM dan storan 8GB + 256GB.

Kalau storan tak cukup, ada slot khas untuk masukkan kad SD sehingga 1TB luasnya. Bahagian mukanya ada paparan 6.7” FHD+ Super AMOLED.



Di bahagian pengimejan, anda akan temui kuadkamera belakang. Kamera utamanya 64MP diikuti 12MP ultralebar. Dua kamera terahkhir ialah kamera 5MP, satu untuk makro dan satu lagi untuk bokeh.

Selfie pula boleh diambil dengan kamera 32MP.

Galaxy M62 walaupun ada bateri besar, ia dicas melalui pengecas 15W sahaja. Jadi, anda boleh anggarkan waktu mengisi yang lebih panjang.

Kalau anda masih ingat, dalam tahun 2020 Samsung juga ada lancarkan telefon berbatero 7,000mAh Galaxy M51. Harganya adalah RM1,599, sama seperti harga promo M62. Bezanya, M51 gunakan Snapdragon 730G dan storan lebih kecil iaitu 128GB.

Samsung Galaxy M51: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: androidsamsungsamsung galaxySamsung Galaxy M62
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Kalau cari telefon berbateri besar, sila cari Galaxy M62

Kalau cari telefon berbateri besar, sila cari Galaxy M62

1 March 2021
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN