• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dumbo & Peter Pan ditanda Dewasa, terkeluar dari senarai kanak-kanak Disney+

  • OLEH Najib
  • 1:46 pm
  • 10/03/2021
  • Komen
Dumbo & Peter Pan ditanda Dewasa, terkeluar dari senarai kanak-kanak Disney+
Share on FacebookShare on Twitter

Platform penstriman Disney+ baru-baru ini telah mengeluarkan beberapa filem dari senarai kanak-kanak, disebabkan mesej negatif yang dibawakan oleh filem tersebut. Antara filem yang dikeluarkan adalah Dumbo, Peter Pan, The Aristocrats dan Swiss Family Robinson.

Perkara ini selari dengan pengumuman tahun lepas oleh syarikat Walt Disney, di mana mereka meletakkan filem tersebut sebagai bersifat perkauman negatif. Ia telah diletakkan penafian bahawa filem tersebut memaparkan budaya lama yang ketinggalan zaman.



Langkah terbaru ini membuatkan Disney membuang terus filem sebegini dari senarai tontonan kanak-kanak. Bagaimanapun, ia masih boleh ditonton melalui profil Dewasa dan akan memaparkan nota berikut:

This program includes negative depictions and/or mistreatment of people or cultures. These stereotypes were wrong then and are wrong now. Rather than remove this content, we want to acknowledge its harmful impact, learn from it and spark conversation to create a more inclusive future together.

Disney is committed to creating stories with inspirational and aspirational themes that reflect the rich diversity of the human experience around the globe.

To learn more about how stories have impacted society, please visit
www.disney.com/StoriesMatter

Secara ringkas, ia bermaksud program ini mengandungi maksud negatif dan penganiayaan terhadap kaum atau budaya. Disney mengakui ia salah dahulu dan kini tetapi tidak akan membuangnya, sebaliknya ia dijadikan pengajaran untuk masa hadapan yang lebih baik.



Disney menambah kenyataan dengan memberi contoh beberapa filem tentang mesej negatif di dalamnya. Di dalam filem Dumbo, terdapat sekumpulan gagak hitam yang menyerupai puak Afrika Amerika. Peter Pan pula menunjukkan kaum asli berbahasa pelik dan digelar ‘redskin’, gelaran yang menyinggung perasaan kaum asli masakini.

  • Dumbo
  • Peter Pan

Filem Aristocrat menunjukkan watak kucing dengan mata sepet, bergigi jongang dan berbahasa inggeris loghat, sejenis stereotype untuk penduduk Asia Timur. Di filem Swiss Family Robinson, terdapat lanun berkulit kuning dan coklat, dengan rupa kasar menunjukkan perangai biadap, sekali lagi menunjukkan stereotype penduduk Asia.

  • Aristocrat
  • Swiss Family Robinson

Walaupun Disney+ masih belum ada di Malaysia, ia dilihat akan tiba tidak lama lagi memandangkan Disney sendiri telah menamatkan lesen mereka bersama Astro dan Netflix di Malaysia. Ini dilihat sebagai langkah awal Disney untuk menyediakan kandungan mereka di platform strim sendiri, Disney+.

Jadi jangan terkejut jika anda melanggan Disney+ kelak, anak-anak anda tidak lagi boleh menonton kartun seperti Dumbo dan Peter Pan, kerana ia telah diletakkan status Dewasa.

[Sumber: Fox8]

Tags: DisneyDisney Plus
Najib

Najib

POPULAR

Dumbo & Peter Pan ditanda Dewasa, terkeluar dari senarai kanak-kanak Disney+

Dumbo & Peter Pan ditanda Dewasa, terkeluar dari senarai kanak-kanak Disney+

10 March 2021
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

31 May 2026
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN