• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Doodle memperingati Dr. Wu Lien-teh, anak Pulau Pinang pencipta topeng muka N95

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:28 pm
  • 10/03/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Google Doodle hari ini memperingati Dr. Wu Lien-teh dengan memaparkan lakaran imejnya dalam bentuk Doodle pada halaman utama enjin carian itu. Tarikh 10 Mac 2021 juga merupakan ulang tahun kelahiran ke 142 beliau.

Secara umumnya, Dr Wu merupakan individu penting yang merealisasikan topeng pembedahan atau kini dikenali sebagai topeng N95 bagi membantu menghentikan wabak Manchuria pada tahun 1911.



Dr. Wu Lien-teh. Sumber

Dr. Wu Lien-teh dilahirkan pada 10 Mac 1879, di Pulau Pinang. Beliau dianugerahkan “Queen’s Scholarship”, sebuah program biasiswa khas yang ditubuhkan di wilayah British di Tanah Melayu, dan kemudian menjadi pelajar pertama keturunan Cina yang mendapat gelaran Doktor Perubatan dari Universiti Cambridge.

Beliau kemudian bekerja di Army National College kerajaan China dan telah menjadi naib pengarahnya pada tahun 1908.



Menghasilkan topeng muka

Ketika wabak yang tidak diketahui menular di barat laut China pada tahun 1910, pemerintah China melantik Dr Wu untuk menyiasat penyakit tersebut. Wabak itu dikenali sebagai pneumonia. Ia berjangkit antara manusia melalui pernafasan.

Untuk mengatasi penularan penyakit itu, beliau telah menghasilkan topeng pembedahan khas dengan kapas, kain kasa dan menambah beberapa lapisan kain untuk menyaring udara. Beliau seterusnya menasihatkan orang ramai untuk memakai topeng muka tersebut bagi mengelak daripada terkena jangkitan.

Sumbangan menamatkan wabak Manchuria

Dr Wu juga bekerjasama dengan pegawai pemerintah untuk membendung wabak Manchuria dengan mewujudkan beberapa langkah, seperti menubuhkan stesen kuarantin dan hospital, menghadkan perjalanan serta menggunakan teknik pensterilan progresif.

Kepemimpinannya memberikan sumbangan besar bagi menamatkan wabak tersebut dalam masa empat bulan setelah ditugaskan untuk mengendalikan penyebarannya.

Menubuhkan persatuan perubatan

Pada tahun 1915, beliau telah mengasaskan Persatuan Perubatan China (Chinese Medical Association), sebuah organisasi perubatan bukan kerajaan terbesar dan tertua di China. Sehingga kini, persatuan tersebut mempunyai lebih daripada 430 ribu ahli dan 82 pertubuhan khas.

Pada tahun 1935 pula, Dr Wu menjadi individu pertama di Malaysia dan individu pertama keturunan Cina yang dicalonkan untuk Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan untuk karyanya bagi mengawal wabak pneumonia.

Usaha dan jasa Dr Wu ini bukan sahaja memberi kesejahteraan kepada masyarakat di China malah inisiatifnya menghasilkan topeng muka N95 juga memberi kebaikan kepada seluruh dunia.

Sehingga kini, masyarakat masih lagi menggunakan topeng muka yang diilhamkan oleh Dr Wu itu untuk mencegah penularan wabak Covid-19. Pemakaiannya diwajibkan kepada setiap individu terutamanya apabila berada di kawasan tumpuan orang ramai.

[Sumber: Google, 9TO5Google]

Tags: GoogleGoogle Doodle
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026

Google Doodle memperingati Dr. Wu Lien-teh, anak Pulau Pinang pencipta topeng muka N95

10 March 2021
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN