• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PROMO: Diskaun sehingga RM850 sempena ketibaan semula OnePlus 8 dan 8 Pro

  • OLEH Najib
  • 2:44 pm
  • 18/03/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus Malaysia hari ini mengumumkan kedatangan semula telefon pintar OnePlus 8 ke Stor Rasmi mereka di Lazada. Walaupun tidak menyatakan apakah maksud kedatangan ini, ia pastinya berkaitan dengan pengedaran rasminya di Malaysia. Tetapi anda tidak perlu risau tentangnya.

Ini kerana OnePlus Malaysia ingin menawarkan diskaun sebanyak RM700 untuk jualan hari pertama OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro di Lazada. Jualan hari pertama ini akan diadakan pada 27 Mac 2021, bermula pukul 12 tengah malam.



Harga istimewa OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro pada hari tersebut adalah seperti berikut:

  • OnePlus 8 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM 2,899 RM 2,199
  • OnePlus 8 Pro (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM 3,699 RM 2,999

OnePlus juga ada menyediakan diskaun tambahan sebanyak RM150, khas untuk pengguna kad Citibank. Dengan memasukkan kod ‘CITI1PLUS‘ semasa checkout, orang ramai boleh mendapatkan diskaun RM150 untuk pembelian melebihi RM1,000 di Stor Rasmi OnePlus di Lazada. Ia juga boleh digunakan untuk membeli OnePlus 8 dan 8 Pro semasa promosi, menjadikan jumlah diskaun sebanyak RM850. Tetapi kupon ini terhad, hanya boleh dinikmati oleh mereka yang cepat.



Pautan terus pembelian peranti ini di Lazada ada di sini untuk OnePlus 8, dan di sini untuk OnePlus 8 Pro. Anda juga boleh ke Stor Rasmi OnePlus di Lazada untuk mendapatkan aksesori atau produk keluaran OnePlus yang lain.

OnePlus 8

Telefon yang dilancarkan pada tahun 2020 ini dikuasakan cip terbaik waktu itu, Snapdragon 865 5G bersama RAM LPDDR4x dan storan UFS 3.0. Bateri di dalamnya 4,300mAh dan menyokong pengecasan pantas Warp Charge 30W.

Skrinnya seluas 6.55-inci, dari jenis Fluid AMOLED 90hz dan resolusi HD Penuh. Ia ada tiga kamera belakang dengan kamera utama 48MP dan kamera hadapan pula 16MP, terletak di dalam lubang kecil di atas skrin. Sistem bunyi stereo Dolby Atmos turut dipasang padanya.

OnePlus 8 Pro

Kiri: OnePlus 8, kanan: OnePlus 8 Pro

Peranti yang lebih mahal ini masih memiliki prestasi hampir serupa, diperkasa cip Snapdragon 865 5G, RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.0. Bateri sedikit besar, 4,510mAh dan menyokng pengecasan pantas Warp Charge 30T, serta pengecasan wayarles 30W.

Skrin juga lebih besar, Fluid AMOLED 120hz berukuran 6.78-inci dan resolusi tinggi QHD (3168×1440). Kamera belakangnya ada empat, gabungan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 48MP, kamera telefoto 8MP dan kamera penapis warna 5MP. Kamera hadapan masih 16MP, juga di dalam lubang di atas skrin.

Kiri: OnePlus 8, kanan: OnePlus 8 Pro

Selain memiliki speaker stereo Dolby Atmos, OnePlus 8 Pro turut kalis air IP68. Sambungan wayarles pula menyokong sehingga WiFi 6 dan Bluetooth v5.1.

Bacaan Berkaitan

Siri OnePlus 8 dilancarkan, akhirnya miliki pengecas wayarles dan kalis air
OnePlus 8 Pro: 8 Perkara Menarik Tentangnya
OnePlus 8 | 8 Pro: Maklumat Penjualannya Di Malaysia
Tags: LazadaOnePlusOnePlus 8oneplus 8 pro
Najib

Najib

POPULAR

Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?

Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan hanya untuk pendaftaran, sehingga 31 Mac 2023

20 Jun 2022

PROMO: Diskaun sehingga RM850 sempena ketibaan semula OnePlus 8 dan 8 Pro

18 Mac 2021
Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

17 Jun 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER