• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Malaysia amal polisi baru pemberian vaksin, katanya boleh percepat proses pemvaksinan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:14 pm
  • 22/03/2021
  • Komen
Malaysia amal polisi baru pemberian vaksin, katanya boleh percepat proses pemvaksinan
Share on FacebookShare on Twitter

Selain mengumumkan Tabung Mudarat COVID-19 Kebangsaan, JKJAV juga mengumumkan status terkini Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang telah bermula pada 24 Feburari 2020 yang lalu.

Menurut YB Khairy, sebanyak 428,710 dos telah diberikan kepada individu. Daripada jumlah tersebut, seramai 16,368 telah menerima dos kedua lantas melengkapkan program imunisasi COVID-19.



Masih berkaitan vaksin, Malaysia setakat ini telah menerima sejumlah 847,630 vaksin dariapada sumber Pfizer dan Sinovac. Menurutnya lagi, polisi 1 dose, 1 reserve akan digantikan dengan kaedah rolling.

Sebelum ini, apabila satu dos diberikan, pihak kerajaan akan menyimpan satu lagi dos khas atas nama penerima tersebut. Namun, kerajaan kini telah putuskan untuk berikan saja dos khas ini kepada individu lain mengikut stok yang anda.



Ia disebabkan kerajaan cukup yakin dengan jadual pembekalan vaksin yang ditempah dan dalam pada masa yang sama, untuk mempercepat proses pemberian vaksin bagi mencapai tahap keimunan kelompok.

Tentang pendaftaran menerima vaksin pula, pihak JKJAV akan mula menghubungi pengguna MySejahtera yang ada akaun APP tersebut tetapi masih belum berdaftar sebagai penerima vaksin.

Pecahan jumlah pendaftaran terkini mengikut negeri pada pukul 11.59pm semalam.

Fasa 2 akan bermula dalam masa yang terdekat. Pastikan anda telah mendaftar untuk vaksinasi.

Daftar untuk vaksinasi sekarang: https://t.co/m1joWOSGde #LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/nSqWEB477d

— Vaksin COVID-19 ?? (@JKJAVMY) March 22, 2021

Selain itu, program jangkau luar (outreach) pula diumumkan akan dikendalikan oleh NADMA dan RELA. Kerajaan melihat program jangkau luar ini penting untuk individu yang berada dalam kawasan liputan telekomunikasinya terhad.

Di lokasi sebegini, pendaftaran secara bersemuka dilihat lebih berkesan.

Tags: COVID-19covid19jkjav
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Malaysia amal polisi baru pemberian vaksin, katanya boleh percepat proses pemvaksinan

Malaysia amal polisi baru pemberian vaksin, katanya boleh percepat proses pemvaksinan

22 March 2021
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

25 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

25 November 2026
Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

27 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN