• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nokia 1.4, peranti mampu milik terbaru menggunakan Android 11 Go

  • OLEH Najib
  • 4:30 pm
  • 22/03/2021
  • Komen
Nokia 1.4, peranti mampu milik terbaru menggunakan Android 11 Go
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat telefon pintar Nokia yang mahukan peranti murah dan lancar, boleh mendapatkan model terbaru yang tiba di Malaysia, Nokia 1.4. Ia menggantikan tempat Nokia 1.3 yang dilancarkan tahun lepas, menggunakan sistem operasi Android 10 Go dan sedia dinaiktaraf ke Android 11 Go.

Harga jualan Nokia 1.4 di Malaysia adalah RM499 sahaja. Harganya mungkin serupa dengan Nokia 2.4 yang diumumkan akhir tahun lepas, tetapi Nokia 1.4 memiliki RAM dan storan lebih besar, iaitu RAM 3GB dan storan 64GB.



Nokia 1.4 diumumkan di peringkat global dengan tiga warna, iaitu hitam, biru dan ungu. Tetapi buat masa ini, pengedar sah Nokia di Malaysia iaitu MacPie Distributions, hanya menyenaraikan warna Ungu di saluran jualan di sini iaitu Stor Online MacPie, Stor Rasmi Nokia Lazada dan Stor Rasmi Nokia Shopee.

Spesifikasi

Nokia 1.4 dikuasakan cip Qualcomm 215, RAM 2GB, storan dalaman 32GB dan sedia menerima kad mikroSD sehingga 512GB. Baterinya sebesar 4,000mAh, menyokong pengecas 5W dan mengecas melalui mikroUSB. Ia dikatakan boleh memberi tenaga sehingga dua hari lamanya.



Skrinnya berukuran 6.51-inci dengan resolusi HD 720p, bertakuk kecil di atas. Ia ada dua kamera di belakang, iaitu kamera utama 8MP dan kamera potret 2MP. Kamera hadapan pula 5MP, di dalam takuk di atas skrin. Pengimbas capjari juga terdapat di belakang.

Untuk maklumat lanjut mengenai peranti ini, layari laman web Nokia 1.4.

Tags: NokiaNokia 1.4
Najib

Najib

POPULAR

Nokia 1.4, peranti mampu milik terbaru menggunakan Android 11 Go

Nokia 1.4, peranti mampu milik terbaru menggunakan Android 11 Go

22 March 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN