Kenapa perlu S Pen pada Galaxy S bila anda dah ada Galaxy Note?

Siri Samsung Galaxy S21 mula dijual di Malaysia pada 28 Februari 2021. Ia adalah Galaxy S terhebat sekatat ini dengan pelbagai naik taraf dan penambahbaikan dibawakan bersamanya.

Berikut adalah harga siri Galaxy S21 di Malaysia:

  1. Galaxy S21 5G 128GB – RM3,499
  2. Galaxy S21+ 5G 128GB – RM3,999
  3. Galaxy S21 Ultra 5G 128GB – RM4,999
  4. Galaxy S21 5G 256GB – RM3,699
  5. Galaxy S21+ 5G 256GB – RM4,299
  6. Galaxy S21 Ultra 5G 256GB – RM5,299
  7. Galaxy S21 Ultra 5G 512GB – RM5,899

Tapi, tahukah anda yang ada dalam kalangan siri Galaxy S21 sokong S Pen macam siri Galaxy Note?

Inilah Galaxy S pertama yang sokong S Pen

Galaxy S21 Ultra 5G adalah model yang pertama dalam siri ini menyokong teknologi S Pen.

S Pen untuk Galaxy S21 Ultra 5G diperkasa teknologi Wacom untuk beri kejituan yang lebih tinggi sewaktu mengendalikan telefon berbanding bila gunakan jari.

Anda boleh lakukan penyuntingan gambar, video, ataupun mengambil nota dengan lebih tangkas dan tepat. Bila perlu, anda boleh coret, conteng, dan catat idea seperti menulis atas kertas sebenar. Pengalaman ini dicapai kerana S Pen miliki kepekaan terhadap tekanan sehingga 4096 tahap serta dengan kehadiran tip 0.7mm.

Kenapa perlu S Pen pada Galaxy S bila anda dah ada Galaxy Note?

Galaxy S21 Ultra 5G adalah antara Galaxy S terbesar setakat ini. Rekod Galaxy S terbesar sekarang dipegang boleh Galaxy S20 Ultra 5G dengan 6.9” tapi Galaxy S21 Ultra 5G cuma kecil sebanyak 0.1” sahaja.

Skrin Galaxy S21 Ultra 5G pula hampir adalah sama besar dengan Galaxy Note20 Ultra. Mengetahui betapa lapangnya paparan telefon ini, sudah tentulah ia perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan pengenalan S Pen.

Pengguna tentu sekali beroleh pengalaman S Pen setara siri Note kerana kedua-dua mereka miliki saiz paparan hampir sama besar.

Malahan, Galaxy S21 Ultra 5G ada kelebihan kerana paparan telefon ini boleh berfungsi pada refresh rate 120Hz dalam mode QHD+. Yang tentunya jadikan menulis atas skrin telefon rasa seakan tulis atas kertas sebenar.

Anda masih beroleh ciri-ciri menarik S Pen daripada siri Note. Contohnya, akses arahan-arahan menarik melalui AirCommand.

Kemudian, bila dalam mesyuarat ataupun perbincangan, anda boleh terus menulis nota tanpa perlu buka telefon sekalipun. Screen-off memo akan mengesan input S Pen dan terus bertindak balas terhadapnya.

Beli siri Galaxy S21 dan dapat hadiah bernilai RM697

Sehingga 31 Mac 2021, bila anda beli mana-mana varian Galaxy S21, anda akan terima tiga hadiah ini:

  • Galaxy Fit2
  • Galaxy SmartTag
  • Wireless Charger Trio

Kemudian, anda juga akan dapat langganan percuma YouTube Premium selama 4 bulan.

Galaxy SmartTag adalah satu freebies yang sangat berguna. Anda boleh gunakannya untuk jejak barang berharga anda gunakan kecanggihan ekosistem Samsung.

Malahan, anda boleh gantungkan Galaxy SmartTag pada gelang leher binatang peliharaan juga untuk pastikan keselamatannya terjamin.

Tak terhenti di situ, sehingga 30 April ini, dengan setiap pembelian Galaxy S21, anda layak untuk terima rebat sehingga 50% bila anda beli aksesori untuk dipadankan dengan telefon anda.

Contohnya, harga rasmi S Pen untuk Galaxy S21 Ultra 5G adalah RM189. Tapi, bila anda beli telefon ini, anda boleh gunakan faedah purchase-with-purchase (PWP) untuk dapatkan S Pen pada harga RM95 sahaja. Ataupun, beli S Pen dengan Smart Clear View Cover pada harga RM185 sahaja.

Ada banyak lagi aksesori yang layak untuk promo PWP ini. Anda boleh rujuk dalam senarai di sini.