• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Watch yang tahan lasak mungkin sedang dibangunkan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:40 pm
  • 29/03/2021
  • Komen
Apple Watch yang tahan lasak mungkin sedang dibangunkan
Share on FacebookShare on Twitter

Apple Watch mungkin jam tangan pintar terbaik dalam kelasnya. Tapi, kalau anda seorang yang cemerkap, risikonya untuk rosak agak tinggi sebab sebahagian besar bahagian depannya diselaputi paparan kaca.

Apple Watch, nampak premium, tapi kena pandai jaga

iFixit memberika tahap kebolehbaikian untuk Watch Series 6 pada 6, satu skor yang agak tinggi. Bahagian yang sukar untuk diperbaiki, walaupun tak mustahil, ialah paparan kerana ada bahagian paparan yang berhubung melalui kabel halus mudah putus.



Mungkin menyedari kekurangan dalam aspek ini, ada cakap-cakap yang mengatakan yang Apple Watch tahan lasak mungkin akan menemui pengguna sekitar 2022. Ia adalah satu tindakan logik kerana Apple Watch sudahpun menjadi ruji untuk golongan pemakai kasual dan Langkah seterusnya ialah golongan atlet dan yang aktif.

Tahan lasak daripada segi apa tidak pula ada maklumat lanjut tentangnya. Namun, anda bolehlah lihat pasaran semasa untuk ketahui ciri-ciri yang penting untuk sebuah jam tahan lasak.



Garmin lancar jam pintar bertenaga solar – Instinct dan Fenix 6

Amazit T Rex Pro misalnya, kalis air sehingga 100 meter dalamnya. Siri Garmin Fenix dan Suunto Spartan, jam tangan multisukan miliki hayat bateri melebihi sebulan dalam mode yang tertentu. Ada antara jam tangan kecergasan gunakan paparan transflektif untuk jimat tenaga dan juga prestasi bawah cahaya terang lebih baik.

Amazfit T-Rex Pro beza harga RM160 berbanding model dulu dan ini kelainannya

Ciri “lasak” manakah yang akan disuntik Apple? Hanya masa akan menjawabnya.

[Sumber: AppleInsider, Bloomberg]

Tags: appleapple watch
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Apple Watch yang tahan lasak mungkin sedang dibangunkan

Apple Watch yang tahan lasak mungkin sedang dibangunkan

29 March 2021
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN