• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Boost kini menyokong pembayaran DuitNow QR

  • OLEH Najib
  • 4:17 pm
  • 29/03/2021
  • Komen
Boost kini menyokong pembayaran DuitNow QR
Share on FacebookShare on Twitter

Boost kini menjadi penyedia e-wallet (e-dompet) terbaru di Malaysia menyokong penggunaan DuitNow QR, seleps Touch n Go eWallet dan ShopeePay. DuitNow QR ialah standard kod QR kebangsaan yang dikeluarkan oleh Payments Network Malaysia (PayNet) di bawah Rangka Kerja Pemindahan Kredit Saling Operasi (ICTF) oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Dengan DuitNow QR, ia menjadi standard kod pembayaran QR dan membolehkan pelbagai urusan tanpa tunai dan tanpa kontak, lebih mudah untuk semua pengguna e-dompet walaupun tidak menggunakan platform Boost. Selain itu, peniaga di Boost juga boleh menerima bayaran tanpa tunai daripada mana-mana pengguna e-dompet lain yang menyertai ekosistem PayNet.



Peniaga Grandpa Cafe di Sibu, Sarawak

Jadi, pengguna Boost boleh menggunakan e-dompet Boost mereka untuk membayar di mana-mana peniaga yang memiliki DuitNow QR, dan peniaga Boost boleh menerima bayaran dari mana-mana pengguna e-dompet.

Untuk membuat bayaran sebagai pengguna Boost di DuitNow QR sangat mudah. Hanya lancarkan aplikasi Boost, pilih butang “Scan & Pay” di bahagian bawah kemudian pilih “I Scan Them”. Sahkan pembelian dengan memasukan kod pin 6-digit atau pengesahan biometrik.



Pada ruangan soalan lazim (FAQ), tiada caj dikenakan apabila membuat pembayaran mengunakan DuitNow QR. Anda boleh melihat pembayaran dahulu dari ruangan ‘Transaction History‘ di aplikasi Boost.

Jika ada pertikaian mengenai pembayaran, anda dinasihatkan untuk menyelesaikannya dengan segera bersama peniaga jika masih ada di kedai. Untuk aduan lanjut, boleh berbuat demikian dengan menghubungi Khidmat Pelanggan Boost di dalam aplikasi, atau menerusi laman web Boost atau di emel [email protected].

Selain e-dompet, DuitNow QR turut disokong oleh kebanyak bank di Malaysia. BigPay turut mengumumkan bahawa mereka akan menyokong DuitNow QR dalam suku kedua tahun ini. Grab pula masih dalam proses untuk melancarkannya tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut, rujuk bahagian soalan lazim (FAQ) DuitNow QR di Boost.

Tags: BoostduitnowDuitNow QR
Najib

Najib

POPULAR

Boost kini menyokong pembayaran DuitNow QR

Boost kini menyokong pembayaran DuitNow QR

29 March 2021
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN