• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gelang pintar Xiaomi generasi ke-6 akan dilancar hari ini

  • OLEH Najib
  • 12:22 pm
  • 29/03/2021
  • Komen
Gelang pintar Xiaomi generasi ke-6 akan dilancar hari ini
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi akan mengadakan satu majlis pelancaran mega hari ini, 29 Mac 2021 pada pukul 7.30 malam waktu Malaysia. Antara perkara yang telah disahkan akan dilancarkan adalah telefon pintar Mi MIX. Kini Xiaomi mendedahkan satu lagi gajet yang akan membuat kemunculan pada acara malam ini, iaitu Mi Smart Band 6.

Xiaomi merupakan pengeluar gelang pintar terbesar di dunia, jadi tidak mengejutkan mereka mengeluarkan model baru untuk tahun ini. Poster yang menunjukkan sebahagian rupa Mi Smart Band 6 ini telah dikongsikan di media sosial rasmi Xiaomi, di twitter dan weibo.



Meet a bigger vision!

What new features would you love to see from the #MiSmartBand6?

Don't miss the Xiaomi 2021 New Product Launch at 19:30 (GMT+8) on March 29.

Stay #OneStepAhead and discover all during the #XiaomiMegaLaunch pic.twitter.com/6BmaZ2HWWx

— Xiaomi (@Xiaomi) March 27, 2021

Dari gambaran tersebut, rupa Mi Smart Band 6 dilihat tidak banyak berbeza dengan Mi Band 5, termasuk tali yang diperbuat dari getah. Bagaimanapun, skrinnya dilihat meliputi lebih banyak ruang sehingga ke hujung badan, boleh dikatakan mengekalkan saiz badan yang sama tetapi dengan skrin lebih besar.

Mi Smart Band adalah gelang pintar yang memiliki hayat bateri panjang, sehingga 14 hari. Sebelum ini, ia telah dilengkapi pengesan denyutan nadi, penjejak langkah serta kalis air 5ATM. Jika ada perkara baru yang boleh menarik perhatian ramai, adalah memasang sensor GPS di dalamnya. Selain itu, Mi Band 5 juga pernah menyokong NFC, pembantu suara maya dan pemantau SpO2, tetapi hanya untuk pasaran China.



Nantikan laporan kami tentang pelancaran Mega Xiaomi pada malam ini. Selain Mi MIX dan Mi Smart Band 6, dijangka telefon pintar Mi 11 Ultra akan turut membuat kemunculannya di pentas yang sama.

Tags: xiaomiXiaomi Mi Band 6
Najib

Najib

POPULAR

Gelang pintar Xiaomi generasi ke-6 akan dilancar hari ini

Gelang pintar Xiaomi generasi ke-6 akan dilancar hari ini

29 March 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN