Terbang tanpa sentuhan dengan Malaysia Airlines, hanya imbas wajah untuk pengesahan

Malaysia Airlines ada kongsikan pembaharuan dalam sistemnya untuk pelanggan iaitu terbang tanpa sentuhan. Ia diperkenalkan sebagai satu langkah penjagaan kesihatan buat penumpang .

Perkhidmatan tanpa sentuh ini akan dilancarkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan penumpang dapat melaluinya semasa mendaftar masuk hingga ketika menaiki kapal terbang.

Perkhidmatan tanpa sentuh

Berikut adalah beberapa perkhidmatan tanpa sentuh baru yang akan menemui semua penumpang Malaysia Airlines.

1. Sebelum perjalanan

Sebelum penerbangan, anda dikehendaki mendaftar Pengecaman Muka Biometrik dari rumah menggunakan telefon pintar. Di situ juga akan disediakan pas kesihatan perjalanan digital untuk membenarkan anda bebas pergi kemana sahaja yang anda mahu.

Anda juga boleh melakuka tempahan makanan awal atau sebarang perkhidmatan lain. Pembelian awal Temptations juga akan disediakan.

2. Daftar masuk KLIA

Kemudian apabila tiba di lapangan terbang, anda perlu lakukan pendaftaran Pengecaman Muka Biometrik lagi sekali. Untuk kelayakan elaun bagasi juga anda perlu lakukan pendaftaran ini. Ia akan ditempatkan di kios daftar masuk sendiri.

Bagasi yang berlebihan boleh dibayar menggunakan e-dompet.

3. Imigresen

Di Imigresen juga anda dikehendaki melakukan pendaftaran Pengecaman Muka Biometrik untuk tapisan keselamatan.

4. Ruangan khas

Untuk daftar masuk, kelak anda perlu imbas pas masuk pada ruang masuk. Di sini juga akan tersedia bayaran e-dompet untuk sesiapa yang walk-in. Maka semua transaksi adalah tanpa sentuhan.

5. Ruangan sebelum menaiki kapal terbang (boarding lounge)

Sebelum masuk ke ruangan boarding lounge anda hanya perlu imbas Pengecaman Muka Biometrik,mungkin tidak perlu lagi menunjukkan pasport dan tiket fizikal.

6. Dalam kapal terbang

Malaysia Airlines akan sediakan bahan bacaan digital dan anda boleh aksesnya melalui MHmobile. Di dalamnya ada menu digital, lokasi ingin dikunjungi, akhbar elektronik dan majalah elektronik.

Selain itu, bayaran juga menggunakan konsep e-dompet untuk sebarang pembelian air dan makanan ringan.

7. Ketibaan

Apabila anda sudah tiba di destinasi, bagasi anda akan di seteril menggunakan sinar UV sebelum ia tiba di karusel bagasi lapangan terbang.

Selain itu, Malaysia Airlines juga akan menambah sistem laporan bagasi dalam talian. Sistem ini memudahkan penumpang melapor sebarang kesalahan yang dilakukan pihak mereka dalam menguruskan bagasi anda. Atau sekiranya anda kehilangan harta benda, anda boleh laporkan di sini juga.

Dengan adanya sistem tanpa sentuh ini, sudah pasti penumpang akan rasa selamat untuk terbang ke destinasi yang diingini. Tetapi, pastikan anda dapatkan vaksinasi dahulu sebelum melancong.

[Sumber: Malaysia Airlines]