• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon pintar edisi peminat Redmi Note 10 Pro, terhad tetapi tiada kenaikan harga

  • OLEH Najib
  • 10:14 am
  • 07/04/2021
  • Komen
Telefon pintar edisi peminat Redmi Note 10 Pro, terhad tetapi tiada kenaikan harga
Share on FacebookShare on Twitter

Di samping pengumuman Mi 11 Ultra, Xiaomi Malaysia turut menyatakan ketibaan telefon pintar edisi khas mereka, Redmi Note 10 Pro Mi Fan Festival 2021 Limited Edition. Telefon ini adalah telefon pintar yang sama dengan edisi biasa, tetapi dengan tambahan logo MFF 2021 di belakang.

Kerana tiada langsung perbezaan, Xiaomi Malaysia menjual Redmi Note 10 Pro MFF ini pada harga yang sama iaitu:



Redmi Note 10 Pro MFF (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,099

Bagaimanapun, telefon ini datang dalam kuantiti yang sangat terhad. Tempahan awal di Malaysia dibuka mulai 6 April 2021 di Stor Rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee, serta di kedai Mi Store dan pengedar Xiaomi terpilih di Malaysia. Penghantaran dijangka bermula pada 20 April 2021.

Spesifikasi

Redmi Note 10 Pro MFF hanya ada dalam warna gangsa sahaja, dengan logo MFF terdapat di belakang. Ia juga datang bersama kotak khas Mi Fan Festival yang menampilkan gambar angkasa lepas dan angkasawan.



Selain itu, ia adalah telefon pintar yang sama. Redmi Note 10 Pro dikuasakan pemproses Snapdragon 732G, RAM LPDDR4x 8GB dan storan UFS 2.2 128GB. Kad mikroSD diterima untuk storan tambahan.

Kehebatannya berbanding peranti lain dalam harga yang sama ialah penggunaan skrin AMOLED 120Hz, berukuran 6.67-inci. Tetapi pengimbas capjari bukan di dalam skrin sebaliknya terletak di sisi, digabungkan dengan butang kuasa.

Redmi Note 10 dan Redmi Note 10 Pro

Kamera belakangnya menggunakan gandingan kamera utama 108MP F1.9, kamera ultra lebar 8MP F2.2, kamera telemakro 5MP F2.4 dengan autofokus serta kamera potret 2MP F2.4. Kamera hadapannya 16MP F2.45, terletak di dalam lubang kecil di atas skrin.

Bateri di dalam Redmi Note 10 Pro sebesar 5,020mAh, juga dengan pengecasan pantas 33W dan kepala pengecas 33W disertakan di dalam kotak. Sistem bunyi juga stereo, masih memiliki jek audio 3.5mm dan pemancar infra merah.

Kenali Redmi Note 10 Pro lebih lanjut menerusi artikel dan video kami di bawah ini.

[Hands-on] Siri Redmi Note 10: Penanda aras telefon midrange 2021
Siri Redmi Note 10 datang dengan ciri paling ditunggu, AMOLED 120Hz di bawah RM1,000
Tags: xiaomiXiaomi Redmi Note 10Xiaomi Redmi Note 10 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Telefon pintar edisi peminat Redmi Note 10 Pro, terhad tetapi tiada kenaikan harga

Telefon pintar edisi peminat Redmi Note 10 Pro, terhad tetapi tiada kenaikan harga

7 April 2021
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER