• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Clubhouse nafi 1.3 juta maklumat pengguna bocor, itu hanyalah maklumat profil umum

  • OLEH Fatin Amanina
  • 8:53 am
  • 13/04/2021
  • Komen
Clubhouse nafi 1.3 juta maklumat pengguna bocor, itu hanyalah maklumat profil umum
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, melalui satu laporan dikatakan 1.3 juta rekod pengguna Clubhouse telah bocor dan ianya berlaku beberapa hari setelah lebih daripada satu bilion rekod pengguna dari Facebook dan LinkedIn ditawarkan untuk penjualan dalam talian.

Data yang dikatakan bocor termasuklah ID Pengguna, nama, URL foto, nama pengguna serta tarikh pembuatan akaun.



Namun begitu, Ketua Pegawai Eksekutif Clubhouse Paul Davison mengatakan bahawa laporan yang mendakwa data pengguna peribadi telah dibocorkan itu adalah palsu. Malah, melalui sebuah perjumpaan di town hall juga dia menyatakan bahawa Clubhouse tidak mengalami pelanggaran data.

Malah melalui Twitter juga, Ckkubhouse ada mengatakan bahawa kenyataan tentang kebocoran data itu adalah salah. Clubhouse tidak di godam. Tetapi data yang dimaksudkan itu adalah semua maklumat profil awam dari Clubhouse yang dapat diakses oleh siapa saja melalui aplikasi atau API mereka.



Selain itu, dalam laporan Cybernews juga dinyatakan mereka tidak menemui data sensitif seperti butiran kad kredit atau dokumen undang-undang termasuk dalam senarai data yang bocor.

https://twitter.com/joinClubhouse/status/1381066324105854977

Secara tuntasnya, Clubhose menegaskan bahawa platform itu tidak digodam tetapi maklumat yang dikatakan bocor itu sebenarnya sememangnya umum dan boleh dilihat oleh sesiapa sahaja.

Tetapi menurut Cybernews, walapun hanya nama profil dan pautan profil ke media sosial lain yang bocor, tetapi data itu cukup untuk penjenayah siber yang cekap melakukan kerosakan sebenar.

Jadi sebagai langkah selamat, mungkin pengguna boleh elakkan daripada meletakkan maklumat sensitif pada aplikasi laman sosial.

[Sumber: TheVerge]

Tags: Clubhouse
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Clubhouse nafi 1.3 juta maklumat pengguna bocor, itu hanyalah maklumat profil umum

Clubhouse nafi 1.3 juta maklumat pengguna bocor, itu hanyalah maklumat profil umum

13 April 2021
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN