• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo Y20s G dilancar dengan cip Helio G80 pada harga lebih murah

  • OLEH Najib
  • 1:39 pm
  • 03/05/2021
  • Komen
Vivo Y20s G dilancar dengan cip Helio G80 pada harga lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan telefon pintar gaming mampu milik, Vivo Y20s G. Ia bukanlah model serba baharu, sebaliknya hanya sedikit perubahan dari Vivo Y20s yang dilancarkan tahun lepas.

Perubahan paling ketara padanya sehingga membawakan nama telefon pintar gaming adalah pada cip pemproses. Vivo Y20s G menggunakan cip Mediatek Helio G80, menggantikan Snapdragon 460. Cip Helio G80 memiliki 8-teras dengan kelajuan sehingga 2.0Ghz untuk memberikan tenaga bermain game lebih lancar.



Harga untuk Vivo Y20s G telah ditetapkan lebih murah, iaitu RM749. Tetapi khas untuk pelancarannya hari ini dan eksklusif dalam talian, ia boleh dibeli pada harga RM699 sahaja.

Tawaran ini boleh didapati di Stor Rasmi Vivo di Lazada, Shopee dan Stor Online Vivo Malaysia. Pembeli terawal juga boleh mendapatkan hadiah percuma berupa fon telinga wayarles, jaminan tambahan tahun kedua dan perlindungan keretakan skrin setahun.



Spesifikasi

Sebenarnya tidak ada beza antara Vivo Y20s G dan Vivo Y20s. Perubahannya pada cip pemproses serta RAM dikurangkan dari 8GB kepada 6GB sahaja. Storannya masih sama, 128GB dan menerima kad mikroSD sehingga 1TB untuk tambahan storan.

Baterinya juga masih sama berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W. Tetapi ia menggunakan sambungan mikro-USB untuk mengecas.

Skrin LCD berukuran 6.51-inci bertakuk digunakan di Vivo Y20s G, masih dengan resolusi HD 720p sahaja. Pengimbas capjari terletak di sisi, bergabung dengan butang kuasa.

Untuk kamera, terdapat 3 di belakang gabungan kamera utama 13MP, kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP. Tiada kamera ultra lebar padanya. Di hadapan pula, ia dilengkapi kamera 8MP yang terletak di takuk di atas skrin.

Terdapat dua warna disediakan untuk Vivo Y20s G iaitu hitam dan biru.

Tags: vivoVivo Y20s G
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Vivo Y20s G dilancar dengan cip Helio G80 pada harga lebih murah

Vivo Y20s G dilancar dengan cip Helio G80 pada harga lebih murah

3 May 2021
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER