• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Disney+ Hotstar Malaysia: Ultra HD 4K, sokongan peranti dan cara membayar langganan

  • OLEH Najib
  • 9:57 am
  • 06/05/2021
  • Komen
Disney+ Hotstar Malaysia: Ultra HD 4K, sokongan peranti dan cara membayar langganan
Share on FacebookShare on Twitter

Disney+ Hotstar akan mula beroperasi di Malaysia pada 1 Jun 2021, menyediakan lebih 800 filem dan 18,000 episod siri TV. Di sini, kami menyediakan maklumat lebih lanjut mengenai resolusi paparan yang disediakan, sokongan peranti dan pelayar serta cara pembayaran untuk melanggan.

Kandungan sehingga Ultra HD 4K

Disney+ Hotstar akan menyediakan kandungan dalam resolusi HD Penuh (1080p) untuk kebanyakan siaran. Tetapi pengguna mempunyai pilihan resolusi sehingga Ultra HD 4K untuk beberapa filem, jika menontonnya di aplikasi Disney+ Hotstar di TV Pintar seperti Android TV dan Apple TV. Aplikasi di TV juga menyokong format Dolby Vision dan Dolby Audio.



Sokongan peranti

Sama seperti Netflix, pengguna Disney+ Hotstar di Malaysia boleh menikmati kandungan menerusi pelbagai peranti. Ini termasuk telefon pintar, tablet, komputer dan beberapa TV pintar yang serasi. Bagi peranti pintar, ia haruslah menyokong sekurang-kurangnya Android 4.4.4 atau iOS 10 dan ke atas.

Disney+ Hotstar juga boleh ditonton di pelayar web, antaranya Chrome, Safari, Microsoft Edge dan Firefox.



Bagi TV Pintar pula, ia menyokong Android TV 7.0 dan ke atas, serta Apple TV Gen 4 ke atas dengan TvOS 11 ke atas. Disney+ Hotstar turut menyokong Google Chromecast gen 2 dan ke atas. Buat masa ini, masih tiada sokongan menonton di konsol permainan. Selain itu, setiap akaun Disney+ Hotstar hanya boleh ditonton serentak di peranti.

Cara pembayaran dan langganan

Dalam pengumuman sebelum ini, Disney+ Hotstar akan dikenakan yuran langganan sebanyak RM54.90 untuk 3 bulan, bersamaan RM18.30 sebulan. Selepas itu, pengguna boleh menyambung langganan dengan membayar setiap 3 bulan. Tiada langganan dalam bentuk sebulan atau setahun di Malaysia.

Untuk bayaran pula, pengguna Disney+ Hotstar boleh membayar menggunakan kad kredit (Visa, Mastercard & American Express) dan kad debit (Visa & Mastercard). Untuk pengguna Apple, mereka juga boleh menggunakan pembayaran menerusi ‘Direct Billing‘ di iTunes.

Selain ini, pengguna juga boleh membayar menggunakan FPX di mana Disney+ Hotstar menyokong sebanyak 17 perbankan dalam talian di Malaysia iaitu:

  1. CIMB Clicks
  2. Maybank2u
  3. RHB Now
  4. Am Online
  5. Hong Leong Connect
  6. Affin Bank
  7. Bank Islam
  8. Public Bank
  9. OCBC Bank
  10. Standard Chartered Bank
  11. UOB Bank
  12. Alliance Bank
  13. Bank Rakyat
  14. Bank Simpanan Nasional
  15. Bank Muamalat
  16. HSBC
  17. Kuwait Finance House
Tags: DisneyDisney Plus Hotstar
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Disney+ Hotstar Malaysia: Ultra HD 4K, sokongan peranti dan cara membayar langganan

Disney+ Hotstar Malaysia: Ultra HD 4K, sokongan peranti dan cara membayar langganan

6 May 2021
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER