• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perkembangan Vaksin COVID-19 #7: AstraZeneca habis ditempah & JKJAV tawar AstraZeneca ke negeri lain

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:28 pm
  • 07/05/2021
  • Komen
Perkembangan Vaksin COVID-19 #7: AstraZeneca habis ditempah & JKJAV tawar AstraZeneca ke negeri lain
Share on FacebookShare on Twitter

Antara isu yang diketengahkan ialah Malaysia telah mula memberikan vaksin AstraZeneca dan apakah bezanya vaksin ini dengan vaksin Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang lain? Perlukah minta kebenaran rentas daerah untuk terima vaksin semasa PKP? Orang di luar Lembah Klang akan ditawarkan AstraZeneca?

1. Vaksin AstraZeneca ditempah sepenuhnya dalam masa 4 jam

Tempahan Vaksin AstraZeneca ditawarkan kepada penduduk Kuala Lumpur dan Selangor secara dalam talian pada 2 Mei 2021 jam 12 tengah hari. 260,000 vaksin telah ditempah sepenuhnya sebelum jam 3.30 petang.



Terdapat 4 pusat vaksinasi yang disediakan, ia merangkumi WTC KL, IDCC Shah Alam, UM dan UKM. Slot bermula dari 5 Mei hingga 6 Jun.

2. Sahkan janji temu anda

Bagi anda yang telah membuat tempahan vaksin Covid-19, anda diingatkan untuk sahkan tempahan dalam masa 48 jam. Sekiranya belum menerima notifikasi, anda boleh semak secara manual melalui MySejahtera atau pergi ke vaksincovid.gov.my/semak-status.



3. Suntikan kedua AstraZeneca adalah selepas 3 bulan suntikan pertama

Tidak seperti vaksin Pfizer dan Sinovac yang mempunyai selang 2-3 minggu antara dos, Malaysia akan memberikan dos kedua vaksin AstraZeneca 3 bulan selepas dos pertama. Malaysia telah memutuskan selang 12 minggu yang selaras dengan cadangan WHO.

4. Tidak perlu kebenaran khas untuk vaksinasi semasa PKP

Jika anda mempunyai janji temu vaksin di luar daerah, anda tidak perlu memohon kebenaran khas dari polis untuk mendapatkan suntikan vaksin itu. Perkara ini ada dikongsikan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi melalui Twitternya. Sekiranya anda diberhentikan di sekatan jalan, tunjukkan sahaja janji temu vaksin anda di aplikasi MySejahtera.

5. Vaksin AstraZeneca akan diperluas ke lebih banyak negeri

Berikutan sambutan yang luar biasa untuk vaksin AstraZeneca, YB Khairy mengatakan bahawa satu juta dos akan datang pada bulan Mei 2021 melalui COVAX. Mereka akan memperluaskan program ini ke lebih banyak negeri. Sarawak tidak menyertai program ini tetapi tawaran untuk memberikan vaksin ke negeri tersebut masih ada.

6. Status vaksinasi dan Pendaftaran

Sehingga 3 Mei jam 11.59 malam, sebanyak 1,520,010 dos vaksin telah diberikan kepada individu dan 589,951 individu telah menyelesaikan vaksinasi mereka dengan 2 dos. Selangor mempunyai bilangan individu yang telah lengkapkan program vaksin paling ramai iaitu pada 78,140.

Dari segi pendaftaran, lebih dari 9.7 juta individu telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin, ia merupakan 40.20% dari populasi yang disasarkan. Putrajaya mempunyai kadar pendaftaran tertinggi pada 100.30%.

Tags: Vaksin Covid-19
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Perkembangan Vaksin COVID-19 #7: AstraZeneca habis ditempah & JKJAV tawar AstraZeneca ke negeri lain

Perkembangan Vaksin COVID-19 #7: AstraZeneca habis ditempah & JKJAV tawar AstraZeneca ke negeri lain

7 May 2021
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN