• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco M3 Pro dengan sokongan 5G akan dilancar pada 19 Mei

  • OLEH Najib
  • 5:39 pm
  • 16/05/2021
  • Komen
Poco M3 Pro dengan sokongan 5G akan dilancar pada 19 Mei
Share on FacebookShare on Twitter

Poco M3 telah dilancarkan tahun lepas dan ia dengan mudah merajai pasaran telefon pintar di bawah RM600. Tempatnya telah diganti oleh Redmi 9T yang memiliki spesifikasi sama, tetapi ditambah kamera ultra lebar.

Tidak lama lagi, Poco dilihat mahu memperbaharui telefon pintar mereka dengan harga murah menerusi model baru Pro. Poco M3 Pro 5G diumum akan dilancarkan di pentas antarabangsa pada 19 Mei 2021, pukul 8 malam waktu Malaysia.



Buat masa ini, Poco hanya berkongsi sedikit demi sedikit spesifikasi mengenai Poco M3 Pro ini. Sudah pasti, nama 5G padanya menandakan ia akan menyokong rangkaian 5G. Ia dijayakan dengan penggunaan cip Mediatek 700 7nm.

#POCOM3Pro 5G features the MediaTek Dimensity 700!
A 7nm high-performance processor with more power and more efficiency!
More speed for all of your entertainment needs.#MoreSpeedMoreEverything indeed! pic.twitter.com/bq0W3WWpDK

— POCO (@POCOGlobal) May 13, 2021

Di samping itu, Poco M3 Pro masih mengekalkan skrin HD Penuh berukuran 6.5-inci. Tetapi skrin ini dinaik taraf dengan kadar penyegaran setinggi 90Hz. Malah, skrin ini memiliki teknologi DynamicSwitch. Walaupun belum diterangkan fungsinya, ia mungkin merujuk kepada kebolehan bertukar kadar penyegaran secara automatik.



#POCOM3Pro 5G has a 90Hz 6.5” FHD+ DotDisplay featuring DynamicSwitch that offers you a more flexible viewing experience!#MoreSpeedMoreEverything pic.twitter.com/6Fbw91Pem7

— POCO (@POCOGlobal) May 14, 2021

Poco juga telah mengesahkan bahawa Poco M3 Pro akan memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh, dengan sokongan pengecasan pantas 18W. Kapasiti ini lebih kecil dari Poco M3 yang menggunakan bateri 6,000mAh.

#POCOM3Pro 5G has a massive 5000mAh (typ) battery with 18W fast charging.
More time to do everything that you love!#MoreSpeedMoreEverything pic.twitter.com/EQS9NGLF4Q

— POCO (@POCOGlobal) May 15, 2021

Setakat ini sahaja maklumat yang telah dikongsikan oleh Poco secara rasmi. Tetapi terdapat maklumat tidak rasmi telah diketahui, menerusi berita yang dilaporkan oleh pembocor berita Ishan Agarwal.

Ishan menerusi twitternya telah berkongsi dua gambar yang dikatakan gambar rasmi Poco M3 Pro. Gambar ini menunjukkan terdapat tiga warna untuk Poco M3 Pro iaitu hitam, kuning dan biru.

Poco juga dilihat tidak lagi menggunakan rupa Poco M3 sebaliknya membuat rekaan serba baharu untuk Poco M3 Pro. Kelihatan seperti terdapat 4 kamera di belakang dan dwi-led flash. Ada juga perkataan 48MP di kamera ini, merujuk kepada piksel kamera utama.

Di hadapan, ia menggunakan skrin berlubang di atas yang menempatkan satu kamera hadapan. Butang kuasa di sisi pula dilihat sedikit tenggelam, pastinya menunjukkan ia memiliki fungsi pengimbas capjari. Sama ada skrin ini LCD atau AMOLED, masih tidak boleh ditafsir dari gambar ini.

Poco M3 telah dilancarkan pada bulan November 2020 dengan harga bermula dari RM599 dengan storan 64GB. Adakah versi Pro nanti akan menggunakan tanda harga yang sama? Nantikan laporan dari kami pada hari pelancarannya pada hari Rabu nanti, 19 Mei 2021.

[Sumber: Poco Global, @ishanagarwal24]

Tags: PocoPoco M3 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Poco M3 Pro dengan sokongan 5G akan dilancar pada 19 Mei

Poco M3 Pro dengan sokongan 5G akan dilancar pada 19 Mei

16 May 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER