• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Aktiviti di Google boleh diakses dengan mudah, awasinya dari terdedah dengan letakkan kata laluan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:29 pm
  • 25/05/2021
  • Komen
Aktiviti di Google boleh diakses dengan mudah, awasinya dari terdedah dengan letakkan kata laluan
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap kali anda menggunakan produk Google, seperti telefon Android, Chrome, atau Youtube, sejarah aktiviti anda akan disimpan dan tersedia untuk anda lihat semula melalui My Activity. My Activity juga menyimpan aplikasi yang anda gunakan pada hari tertentu atau tempat yang anda jejak di Google Maps.

Semua maklumat yang disimpian di situ amat privasi untuk setiap pengguna. Jadi, jika anda pinjamkan individu lain komputer atau telefon anda, ada kemungkinan mereka akan buka web Activity anda sekiranya akaun gmail anda sudah di login. Mereka juga akan lihat semua aktiviti Google anda di dalamnya.



Hal ini amat bahaya lebih-lebih lagi jika anda ada membuat carian mengenai sesuatu yang privasi atau berkaitan keselamatan anda.

Oleh itu, Google telah menambah fungsi baru untuk pengguna mengaktifkan kata laluan pada bahagian My Activity supaya hanya anda yang boleh mengaksesnya.



Cara meletakkan kata laluan

Untuk meletakkan kata laluan pada halaman My Activity, anda boleh ikut cara di bawah:

  1. Kunjungi pautan activity.google.com
  2. Kemudian tekan Manage my activity verification
  3. Pilih Require extra verification di bahagian atas dan tekan save
  1. Anda akan dibawa ke akaun Google anda dan anda perlu masukkan kata laluan anda di situ.

Dengan 4 langkah ini, akses kepada aktiviti anda akan menjadi terkawal. Individu lain tidak boleh mengakses aktiviti anda di Google tanpa memasukkan kata laluan.

Sewaktu Google I/O 2021, Google juga ada memperkenalkan beberapa penambahan kawalan maklumat peribadi seperti meletakkan fungsi kata laluan pada album tertentu di google photos dan padam sejarah carian 15 minit terakhir di Google.

[Sumber: TheVerge, Android Police]

Tags: Google
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Aktiviti di Google boleh diakses dengan mudah, awasinya dari terdedah dengan letakkan kata laluan

Aktiviti di Google boleh diakses dengan mudah, awasinya dari terdedah dengan letakkan kata laluan

25 May 2021
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

21 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN