• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

WWDC 2021: iOS 15 akan disokong sehingga iPhone 6s yang berusia 6 tahun

  • OLEH Najib
  • 12:24 pm
  • 08/06/2021
  • Komen
WWDC 2021: iOS 15 akan disokong sehingga iPhone 6s yang berusia 6 tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Ketibaan sistem operasi baharu untuk iPhone sememangnya diumumkan setiap tahun. Di WWDC 2021, Apple telah membariskan beberapa ciri-ciri baharu yang akan tiba di iOS 15 seperti Share Play di Facetime. Tetapi apakah peranti yang akan boleh menerima kemaskini iOS 15 kelak?

Menariknya, semua peranti yang menerima kemaskini iOS 14 akan turut menerima kemaskin iOS 15. Ini termasuk iPhone 6s dan iPhone 6s Plus yang dilancarkan pada tahun 2015, serta iPhone SE yang diperkenal tahun 2016. Selain itu, iPod Touch 7th Gen turut boleh dikemaskini ke iOS 15.



Senarai penuh peranti yang boleh dikemaskini kepada iOS 15 adalah seperti berikut:

  1. iPhone 12
  2. iPhone 12 mini
  3. iPhone 12 Pro
  4. iPhone 12 Pro Max
  5. iPhone 11
  6. iPhone 11 Pro
  7. iPhone 11 Pro Max
  8. iPhone Xs
  9. iPhone Xs Max
  10. iPhone XR
  11. iPhone X
  12. iPhone 8
  13. iPhone 8 Plus
  14. iPhone 7
  15. iPhone 7 Plus
  16. iPhone 6s
  17. iPhone 6s Plus
  18. iPhone SE 1st gen
  19. iPhone SE 2nd gen
  20. iPod Touch 7th gen

Dengan ini, iPhone 6s dan 6s Plus menjadi peranti Apple paling lama menerima sokongan kemaskini sistem operasi iaitu selama 6 tahun. iPhone 6s ketika dilancarkan pada September 2015, hadir bersama iOS 9 dan ia masih boleh digunakan bersama pelbagai fungsi baru sehingga sekurang-kurangnya tahun 2022.



Bagi pembangun perisian, iOS 15 kini tersedia untuk diuji. Manakala untuk pengguna biasa, Public Beta akan dilepaskan pada bulan Julai. Versi akhir dan stabil iOS 15 dijangka akan tiba sekitar bulan September atau Oktober, bersama pelancaran model iPhone yang baru.

Antara kemaskini baharu yang ada di iOS adalah seperti FaceTime dengan Share Play, serta iMessage, mod DND serta notifikasi dikemaskini. Aplikasi Photo dan Camera pula menerima tambahan fungsi pengecaman teks dan penterjemahan masa nyata.

Tags: appleApple iOS 15apple iphone 6s
Najib

Najib

POPULAR

WWDC 2021: iOS 15 akan disokong sehingga iPhone 6s yang berusia 6 tahun

WWDC 2021: iOS 15 akan disokong sehingga iPhone 6s yang berusia 6 tahun

8 June 2021
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026
Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN