• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SBM #21 | Telefon 5G paling murah, Pasang Apple TV di Android TV & Cara daftar Disney+ Hotstar

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:36 pm
  • 09/06/2021
  • Komen
SBM #21 | Telefon 5G paling murah, Pasang Apple TV di Android TV & Cara daftar Disney+ Hotstar
Share on FacebookShare on Twitter

Antara berita yang diketengahkan kali ini ialah, apa telefon 5G paling murah di Malaysia sekarang? Apa akan terjadi jika pengguna tidak terima terma & syarat baharu di WhatsApp? Platform apa yang boleh digunakan untuk tonton Disney+ Hotstar?

1. Poco M3 Pro merampas takhta telefon 5G paling murah di Malaysia

Poco M3 Pro 5G sudah dilancarkan di Malaysia dan ia kini menduduki takhta telefon pintar 5G paling murah dijual di sini. Harganya adalah serendah RM699. Poco M3 Pro 5G sememangnya serupa dengan Redmi Note 10 5G dalam hampir semua perkara, kecuali pada rupa fizikal luaran.



Spesifikasi penuh di sini.

2. Grab sedia promosi pengangkutan untuk warga emas terima vaksinasi

Bermula 12 Jun 2021, warganegara berusia 60 tahun ke atas yang juga pengguna Grab boleh menikmati promosi untuk semua perkhidmatan kenderaan Grab bagi mendapatkan vaksinasi. Diskaun akan diberikan sehingga RM8 untuk 4 perjalanan ke mana-mana pusat vaksinasi.



Berita penuh di sini.

3. WhatsApp tak akan sekat penggunaan jika tidak terima terma & syarat baharu

Dalam kenyataan terbaru, WhatsApp tidak akan menyekat sebarang perkhidmatan mereka jika pengguna masih tidak memilih untuk menerima terma dan syarat baharu ini. Sebaliknya, WhatsApp hanya akan memberi peringatan dari semasa ke semasa tentang perkara ini. 

Berita lanjut di sini.

4. PROMO: Diskaun sebanyak RM1,100 untuk Galaxy Note 20 5G & Galaxy Note 20 Ultra 5G

Samsung Malaysia umum diskaun sebanyak RM1,100 untuk model Galaxy Note 20 5G dan Galaxy Note 20 Ultra 5G. Promosi ini berjalan dari 29 Mei sehingga 4 Julai 2021, ia diadakan sempena jualan pertengahan tahun.

Berita penuh di sini.

5. Apple TV kini boleh dipasang & ditonton di Android TV

Kini, aplikasi Apple TV+ boleh dimuat turun daripada Google Playstore di Android TV. Tetapi ia masih tidak terdapat di Google Playstore untuk telefon pintar dan tablet. Dengan ini, pengguna yang memiliki langganan Apple TV+ boleh mula menonton rancangan kegemaran mereka di skrin besar. 

Berita lanjut di sini.

6.  Disney+ Hotstar Malaysia: Cara mendaftar, melanggan & menonton di pelbagai platform

Platform penstriman Disney+ Hotstar boleh mula dilanggan di Malaysia pada harga RM54.90 untuk 3 bulan. Bagi pengguna Astro yang telah melanggan pek Movie di Astro, anda akan boleh menebus pendaftaran percuma Disney+ Hotstar.

Ketahui cara langgan dan tontonnya di sini.

7. Huawei Harmony OS 2

Huawei telah melancarkan sistem operasi (OS) keluaran mereka sendiri, Harmony OS 2 di peringkat antarabangsa. Bersama pelancaran OS baru ini, Huawei turut mengumumkan barisan produk baru yang dikuasakan oleh Harmony OS 2 iaitu Huawei Watch 3 dan juga Huawei MatePad Pro (2021). 

Berita lanjut di sini:

  1. Huawei Harmony OS 2 dilancar di peringkat antarabangsa
  2. Huawei MatePad Pro
Tags: Apple TV+Disney Plus HotstarDisney+Galaxy note 20 5ggalaxy note 20 Ultra 5GGrabHuawei Harmony OShuawei matepad proPoco M3 Prowhatsapp
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

SBM #21 | Telefon 5G paling murah, Pasang Apple TV di Android TV & Cara daftar Disney+ Hotstar

SBM #21 | Telefon 5G paling murah, Pasang Apple TV di Android TV & Cara daftar Disney+ Hotstar

9 June 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN