• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lego Lamborghini Sián FKP 37 bersaiz sebenar dihasilkan selama 8,660 jam daripada 400,000 keping bata Lego

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:24 am
  • 11/06/2021
  • Komen
Lego Lamborghini Sián FKP 37 bersaiz sebenar dihasilkan selama 8,660 jam daripada 400,000 keping bata Lego
Share on FacebookShare on Twitter

Lego dan Lamborghini bekerjasama mencipta sebuah kereta sport edisi terhad Lamborghini Sián FKP 37 versi bata Lego dengan saiz yang penuh. Kereta khas ini dicipta dari 400,000 keping bata Lego, dengan menggunakan 154 elemen Lego yang berbeza dan 20 darinya diciptakan khusus untuk kereta tersebut.

Dari segi rekaan, kereta ini mempunyai perincian pada luar badannya seperti lapisan kesan berus cat yang dihasilkan oleh pengecat kereta rasmi Lamborghini. Terdapat juga lampu pada bahagian hadapan kereta, ia menggambarkan lampu depan dan lampu belakang model Sián yang sebenar.



Di bahagian dalam juga dipenuhi dengan perincian bata Lego, dari papan pemuka, stereng, sehinggalah pada bahagian tepat duduk. Pada tayarnya, ia menggunakan getah Pirelli P Zero Corsa sama seperti kereta sebenar.

Kereta versi Lego berskala penuh itu mempunyai berat 2,200 kg, ia juga dihasilkan dengan ukuran yang sama seperti model asal, iaitu panjang 4,980 mm, lebar 2,101 mm dan tinggi 1,133 mm. Masa yang diperlukan untuk menghasilkan kereta ini pula ialah selama 8,660 jam.



Untuk menghasilkannya, seramai 15 individu terlibat dan mereka merupakan pereka, jurutera dan juruteknik dari kedua syarikat yang mengambil bahagian.

Untuk versi lego mainan, ia sudah tersedia di pasaran. Anda boleh dapatkan The Lego Technic Lamborghini Sián FKP 37 secara dalam talian di laman rasmi Lego dan juga Shopee. Set ini sesuai untuk usia 18 tahun ke atas dan mempunyai sejumlah 3696 bata lego.

[Sumber: Paultan]

Tags: Lamboghinilego
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Lego Lamborghini Sián FKP 37 bersaiz sebenar dihasilkan selama 8,660 jam daripada 400,000 keping bata Lego

Lego Lamborghini Sián FKP 37 bersaiz sebenar dihasilkan selama 8,660 jam daripada 400,000 keping bata Lego

11 June 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN