• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penduduk Lembah Klang bawah 60 tahun, semak MySejahtera untuk temu janji vaksin sekarang

  • OLEH Najib
  • 1:19 am
  • 20/06/2021
  • Komen
Tidak kemaskini status kesihatan di MySejahtera bukan kesalahan dan tidak akan dikompaun
Share on FacebookShare on Twitter

Fasa ketiga Program Imunisasi COVID Kebangsaan (PICK) untuk mereka yang berusia bawah 60 tahun kelihatan akan bermula minggu hadapan, dengan pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega di Stadium Bukit Jalil.

Jika anda tinggal di Lembah Klang dan telah mendaftar PICK, anda mungkin menerima kejutan apabila membuka aplikasi MySejahtera sekarang. Beberapa orang telah memaklumkan bahawa mereka telah menerima tarikh temu janji untuk vaksin COVID-19.



Dari dua maklumat yang kami terima, aplikasi MySejahtera tidak memberi sebarang notis mengenai temu janji yang telah ditetapkan ini. Kedua-duanya juga tidak mendaftar semasa vaksin AstraZeneca dibuka sebelum ini.

Perkara ini ditemui selepas membuka aplikasi MySejahtera dan menyemak bahagian vaksinasi seperti biasa, secara manual.



Anda sendiri boleh menyemak dengan melancarkan aplikasi MySejahtera dan pergi ke bahagian utama. Kemudian pilih Vaksinasi COVID-19.

Jika telah ada tarikh temu janji diberikan, anda perlu mengesahkannya dengan menekan pada klik di sini untuk mengesahkan temu janji anda.

Selain menggunakan aplikasi, tarikh temu janji vaksin juga boleh disemak di laman web vaksincovid.gov.my.

PPV mega Stadium Bukit Jalil adalah salah satu PPV terbesar di Malaysia dengan kemampuan memvaksin sehingga 10,000 orang sehari. Ia akan mula beroperasi pada hari Isnin, 21 Jun 2021.

Stadium Nasional Bukit Jalil kebanggaan negara kini bersiap sedia untuk menjadi sebuah PPV Mega bagi mencapai kapasiti 10 ribu sehari dan tumpuan akan diberikan kepada rakyat yang berusia 40 tahun ke bawah. @KBSMalaysia @Khairykj @officialmosti @KKMPutrajaya pic.twitter.com/7gQPS9gmdu

— Reezal Merican (@reezal_merican) June 19, 2021

Malaysia kini telah mencapai pemberian vaksin sekitar 200,000 dos sehari dan mensasarkan untuk memberi vaksin sebanyak 300,000 sehari menjelang Ogos 2021. Buat masa ini, terdapat 3 jenis vaksin yang diberikan di dalam PICK iaitu Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac. Tetapi ia tidak boleh dipilih.

Kementerian Kesihatan baru sahaja mengumumkan bahawa mereka telah memberi kelulusan bersyarat kepada dua lagi vaksin yang memerlukan hanya satu dos, iaitu CanSino dan Johnson & Johnson.

Tags: COVID-19Vaksin Covid-19
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Tidak kemaskini status kesihatan di MySejahtera bukan kesalahan dan tidak akan dikompaun

Penduduk Lembah Klang bawah 60 tahun, semak MySejahtera untuk temu janji vaksin sekarang

20 June 2021
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN