• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

SBM #24 | Perjanjian Astro dengan Netflix, Telefon 5G termurah Samsung & Perkara menarik Windows 11

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:51 pm
  • 29/06/2021
  • Komen
SBM #24 | Perjanjian Astro dengan Netflix, Telefon 5G termurah Samsung & Perkara menarik Windows 11
Share on FacebookShare on Twitter

Antara berita yang diketengahkan dalam video kali ini, Netflix boleh ditonton di Astro? Apakah ciri terbaru di Google Play untuk kanak-kanak? Apa yang menarik pada Windows 11? dan banyak lagi berita lain yang dikupaskan.

1. Astro meterai perjanjian dengan Netflix, pelanggan akan boleh tonton Netflix di Ultra & Ulti Box

Astro telah mengumumkan kerjasama mereka dengan syarikat penstriman video popular, Netflix. Maka, pelanggan Astro bakal menikmati akses untuk menonton Netflix menerusi Ultra Box sejurus ia dilancarkan. Bagi pengguna Ulti Box, Netflix akan tersedia dalam tempoh beberapa bulan akan datang.



Berita penuh di sini.

2. Samsung Galaxy A22 5G & Tab A7 Lite akan datang

Telefon pintar 5G termurah Samsung, Galaxy A22 5G telah dibuka untuk tempahan awal. Harganya cuma RM999. Galaxy Tab A7 Lite juga akan dijual di Malaysia tidak lama lagi. Harga tablet ini sangat mampu dimiliki, hanya RM699 dengan storan 64GB.



Spesifikasi penuh di bawah:

1. Samsung Galaxy A22 5G

2. Tab A7 Lite

3. Pelekat ini mampu halang buah atau sayur rosak terlalu cepat dan ia buatan Malaysia

StixFresh adalah inovasi rakyat Malaysia yang merupakan sekeping pelekat bersaiz sebesar syiling 50 sen. Ia digunakan untuk memanjangkan hayat buah atau sayur dengan menampalnya pada makanan tersebut. Ia menggunakan garam batu sebagai bahan asas.

Berita penuh di sini.

4. Lenovo Legion Phone Duel 2

Lenovo Legion Phone Duel 2 dimaklumkan pengeluarannya boleh didapati dalam pasaran Malaysia. Ia diperkasa Snapdragon 888 dengan RAM sehingga 18GB. Ia boleh didapatkan pada harga serendah RM3299.

Spesifikasi penuh di sini.

5. Google Play Store sediakan tab khas untuk aplikasi kanak-kanak

Google telah melancarkan tab Kanak-Kanak (kids) di Play Store, tab itu dipenuhi aplikasi yang menghiburkan dan telah dinilai serta diluluskan oleh guru. Dengannya, ibu bapa dapat mencari kandungan berfaedah, bersesuaian dengan umur, dan berkualiti untuk anak-anak.

Berita penuh di sini.

6. Windows 11: 6 perkara menarik tentangnya

Ada banyak perkara yang di naik taraf ke dalam sistem operasi Windows 11, antaranya ialah sehingga 4 tetingkap boleh dilekatkan di sisi tetingkap paparan serentak hanya dengan satu arahan, Windows 11 hadir dengan Microsoft Store yang direka baharu, dan perisian Microsoft Teams hadir secara lalai dalam setiap pemasangan Windows.

Berita penuh di sini.

7. Garmin Forerunner 55 dilancar, hayat bateri GPS sehingga 20 jam

Garmin Malaysia melancarkan jam kecergasan mudah guna terbaru iaitu Forerunner 55. Ia sesuai untuk pengguna yang memiliki bajet rendah tetapi memerlukan peranti kecergasan yang lengkap, serta GPS terbina di dalam.

Spesifikasi penuh di sini.

Tags: astroGarmin Forerunner 55Google PlaystoreLenovo Legion Phone Duel 2NetflixSamsung Galaxy A22Samsung Galaxy Tab A7 Litestixfreshwindows 11
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

SBM #24 | Perjanjian Astro dengan Netflix, Telefon 5G termurah Samsung & Perkara menarik Windows 11

SBM #24 | Perjanjian Astro dengan Netflix, Telefon 5G termurah Samsung & Perkara menarik Windows 11

29 June 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER