• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SBM #25 | Samsung Galaxy XCover 5, Panggilan video Telegram & Astro mahu uji Ultra Box Plug and Play

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:01 pm
  • 06/07/2021
  • Komen
SBM #25 | Samsung Galaxy XCover 5, Panggilan video Telegram & Astro mahu uji Ultra Box Plug and Play
Share on FacebookShare on Twitter

Antara berita yang dikupaskan dalam video minggu ini, Berapa model Samsung ada diskaun rm1100? Berapa tahun Samsung sediakan kemaskini Galaxy xcover? Pengguna Telegram boleh buat panggilan video? dan banyak lagi berita lain yang diketengahkan.

1. PROMO: Diskaun sehingga RM1,100 untuk telefon pintar di Jualan Pertengahan Tahun Samsung

Samsung Malaysia kini mengadakan jualan pertengahan tahun dari 1 hingga 31 Julai 2021. Ada banyak produk yang tersedia seperti telefon pintar, tv, mesin basuh dan banyak lagi. Antara telefon pintar yang diberi diskaun ialah Galaxy S20 FE 5G, Galaxy S20 FE LTE dan Galaxy S21 Ultra 5G.



Berita penuh di sini.

2. Amalan memasang APK di Android bakal pupus

Bermula Ogos 2021, semua APP baru yang memasuki gedung Play Store tidak lagi menggunakan format APK sebaliknya ditukar kepada Android App Bundle (AAB). Antara manfaat yang diketengahkan Google bagi merasionalkan penggunaan AAB ialah saiz pemasangan APP yang lebih kecil hasil pengoptimuman yang lebih baik.



Berita penuh di sini.

3. Samsung Galaxy XCover 5, peranti tahan lasak dengan 5 tahun kemaskini & bateri boleh ganti

Samsung Malaysia memperkenalkan sebuah telefon pintar tahan lasak, Galaxy XCover 5. Ia datang dengan jaminan kemaskini selama 5 tahun. Kuasa Galaxy XCover 5 digerakkan oleh cip Samsung Exynos 850 8-teras, bersama RAM 4GB dan storan 64GB.

Spesifikasi penuh di sini.

4. Tony Fernandes beri petunjuk AirAsia akan sedia perkhidmatan e-hailing

Dalam satu perkongsian Tony Fernandes di akaun Linkedinnya, dia menggambarkan seperti AirAsia akan menyediakan perkhidmatan e-hailing. Disertakan juga gambar 10 buah MPV yang terdiri dari Toyota Vellfire dan Alphard. Seolah-olah kenderaan tersebut akan menjadi kenderaan pengangkutan e-hailing AirAsia.

Berita penuh di sini.

5. Telegram dikemas kini dengan fungsi panggilan video berkumpulan

Dalam kemas kini 25 Jun 2021, Telegram memasukkan ciri panggilan berkumpulan yang sangat baik implementasinya. Ia boleh digunakan melalui Telegram Group. Melaluinya, anda boleh kongsikan paparan telefon anda seperti pembentangan dan sebagainya.

Maklumat lanjut di sini.

6. Mesin lombong kriptowang RM225 ribu dirampas dari pondok buruk di tengah ladang

Operasi bersepadu yang dijalankan oleh Sarawak Energy dan Polis daerah Miri telah menemukan sebuah lombong haram kriptowang yang mengandungi 44 kelengkapan melombong bernilai RM225 ribu. Pondok itu menyedut tenaga elektrik secara haram daripada transformer yang berhampiran.

Berita penuh di sini.

7. Astro mencari peserta untuk uji Ultra Box Plug and Play tanpa satelit

Astro mahu memperkenalkan Astro Ultra Plug & Play Box, dengannya pelanggan tidak perlu pasang peralatan penerima satelit, ia hanya memerlukan sambungan internet dengan kelajuan sekurang-kurangnya 30Mbps. Astro maklumkan bahawa mereka sedang mencari 300 peserta untuk sertai program ujian untuk Ultra Plug & Play Box yang baru.

Tekan sini untuk maklumat lanjut.

Tags: AirAsiaandroidastrokriptowangsamsungSamsung Galaxy XCover 5telegram
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

7 Februari 2023

Unifi Mobile turunkan lagi had FUP dan kuota hotspot pelan prabayar tanpa had

4 Februari 2023
TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

4 Februari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Pengguna Yoodo bakal nikmati 5G sebelum Maxis?

Pengguna Yoodo bakal nikmati 5G sebelum Maxis?

3 Februari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER