• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Cara untuk tanda tangan dokumen PDF guna telefon

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:15 pm
  • 26/07/2021
  • Komen
Cara untuk tanda tangan dokumen PDF guna telefon
Share on FacebookShare on Twitter

Ada beberapa situsai yang memerlukan kita untuk menghantar fail PDF dokumen-dokumen penting lebih-lebih lagi dalam keadaan banyak urusan rasmi kini berlaku secara dalam talian.

Antara manfaat penggunaan PDF berbanding anda menghantar dokumen word ataupun gambar berbentuk PNG ataupun JPG ialah anda boleh turunkan tanda tangan digital untuk mengesahkan anda bersetuju dengan kandungan PDF, malah ia kini diterima sebagai alat sah diperakukan dalam dokumen digital.



Anda fail PDF yang perlu ditanda tangan? Lakukannya di telefon dengan mudah.

Pasang aplikasi Smallpdf

Seperti biasa, ada ribuan aplikasi PDF di luar sana tapi saya sedaya upaya cari yang terbaik untuk disarankan kepada anda. Sama ada daripada segi penawaran secara percuma, yuran langganan yang murah ataupun bebas daripada iklan.



Kali ini, saya temui aplikasi Smallpdf yang sangat versatil, mengalahkan fungsi Adobe Acrobat yang merenyahkan itu. Smallpdf ada pada platform Android dan juga iOS.

Muat turun Smallpdf (Android, iOS)

Cara turunkan tanda tangan di PDF

Aplikasi Smallpdf juga ada ciri menurunkan tanda tangan digital pada PDF. Sangat berguna untuk memperakukan sesuatu dokumen perundangan. Ini adalah rentetan daripada artikel cara menggabungkan PDF menjadi 1.

Kalau anda terlepasnya, anda boleh bacanya di sini.

Dalam senarai fail PDF di aplikasi Smallpdf, tekan butang titik tiga bertindih di sebelah kanan fail.

Cari pilihan eSign PDF. Di halaman Sign PDF, tekan butang My Signature untuk memilih tanda tangan yang diingini. Jika tiada, anda boleh wujudkan yang baharu.

Selepas wujudkan tanda tangan, tekan di ruangan tempat anda ingin turunkannya. Apabila tanda tangan muncul, anda boleh sunting warna ataupun saiz. Kemudian, tekan Finish untuk sudahkan sesi.

Satu fail PDF yang baharu akan diwujudkan dengan tanda signed untuk tunjukkannya yang ia sudah dimuktamadkan.

Cara untuk reset sesi percubaan

Smallpdf adalah aplikasi berbayar. Langganan termurahnya ialah USD108/tahun ataupun RM456/tahun. Tapi sejurus anda memasangnya, mereka ada sediakan sesi percubaan sebanyak 2 kali.

Hal ini bermakna anda boleh gunakan mana-mana peralatan dalam Tools sebanyak 2 kali/hari sebelum ia akan minta anda melanggan atau anda perlu menunggu keesokan harinya.

Tapi, saya ada cara untuk melangkauinya. Helahnya mudah sahaja, tukar tarikh telefon kepada hari berikutnya. Pergi ke ruangan Setting telefon, cari halaman untuk sunting waktu dan tarikh, matikan ciri Use network-provided time dan setkan tarikh secara manual.

Bila dah set tarikh, anda perlu Force Stop APP Smallpdf dan lancarkannya semula untuk beroleh 2 kali percubaan yang dijanjikan.

Bacaan berkaitan

Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon
Tags: pdfsmallpdftipstips & trickstips and trickstips dan tricks
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Cara untuk tanda tangan dokumen PDF guna telefon

Cara untuk tanda tangan dokumen PDF guna telefon

26 July 2021
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026
Inovasi bukan sekadar jadi yang pertama: Bagaimana Toyota membina teknologi untuk jangka panjang

Inovasi bukan sekadar jadi yang pertama: Bagaimana Toyota membina teknologi untuk jangka panjang

6 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN