• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Syarikat telekomunikasi didenda, kuota Unifi Broadband Lite naik & langgan Astro tanpa satelit | SBM #28

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:17 pm
  • 27/07/2021
  • Komen
Syarikat telekomunikasi didenda, kuota Unifi Broadband Lite naik & langgan Astro tanpa satelit | SBM #28
Share on FacebookShare on Twitter

Antara berita yang dikupaskan dalam video minggu ini, berapa banyak kuota Internet Unifi Broadband Lite dinaikkan? Kenapa SKMM denda Maxis, Digi, U Mobile & XOX? dan Apa punca gangguan servis Astro berlaku baru-baru ini?

1. Tempoh sah kredit AirAsia dilanjutkan lagi kepada 3 tahun

AirAsia mengumumkan bahawa mereka telah melanjutkan tempoh sah Akaun Kredit kepada tiga tahun (36 bulan) dari tarikh kredit diberikan dan ia dilakukan secara automatik. Tempoh sah kredit ini diberikan hanya untuk pelanggan yang mempunyai akaun kredit sah yang dikreditkan sebelum 30 Jun 2021.



Maklumat lanjut di sini.

2. Bekas pensyarah sedia kelas dalam talian RM1, bantu pelajar selesaikan tugasan tahun akhir

Seorang bekas pensyarah reka bentuk di Universiti LimKokWing, Zainal Abidin Abdul Rahman menawarkan kelas dalam talian untuk berkongsi kemahiran dan pengetahuannya kepada generasi muda berkaitan seni reka dengan yuran RM1 sahaja. Perkara ini diuar-uarkan melalui Twitternya pada awal bulan ini.



Berita penuh di sini.

3. Astro tanpa satelit boleh dilanggan pada harga bermula RM49.06

Astro Ultra Plug & Play Box hanya perlukan sambungan Internet sahaja untuk ditonton. Sebanyak 6 jenis pilihan langganan boleh dipilih pada harga serendah RM49.06. Untuk guna servis ini, syaratnya adalah anda mesti miliki capaian Internet sekurang-kurangnya 30Mbps.

Maklumat lanjut di sini.

4. Realme GT Explorer Master Edition, menampilkan rekaan beg bagasi & prestasi lebih rendah

Realme melancarkan Realme GT Explorer Master Edition dan Realme GT Master Edition di China. Model ini menampilkan rupa beg bagasi dilapisi kulit vegan dengan beberapa pilihan warna. Kedua-dua telefon pintar Master Edition ini dilaporkan akan dijual di pasaran antarabangsa kelak.

Ketahui spesifikasinya di sini.

5.  TM naikkan kuota Unifi Broadband Lite 1Mbps dari 1GB kepada 50GB

Dari laman produk Unifi Broadband Lite, TM menawarkan pelan jalur lebar tetap Broadband Lite RM38/bulan berkelajuan muat turun 1Mbps dan muat naik 384kbps, dengan kuota kini dinaikkan had kepada 50GB.

Tekan sini untuk maklumat lanjut

6. SKMM denda 4 syarikat telekomunikasi dengan 64 kompaun bernilai RM3.2 juta

Pada suku kedua tahun 2021, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan 64 kompaun bernilai RM3.2 juta kepada empat syarikat telekomunikasi. Kompaun terbesar dikenakan kepada Maxis Broadband Sdn Bhd, sebanyak 56 kompaun bernilai RM2.8 juta.

Berita penuh di sini.

7. Satelit MEASAT-3 yang pancarkan isyarat ASTRO anda hanyut daripada orbit asal

MEASAT-3 adalah salah satu daripada kumpulan satelit milik MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd. Salah satu tugasnya ialah untuk pancarkan kandungan ASTRO kepada piring satelit di rumah anda dan jika anda perasan tentang gangguan servis beberapa minggu lalu, ia adalah disebabkan satelit ini tidak berada di kedudukan sepatutnya.

Berita penuh di sini.

Tags: AIR ASIAastromeasat-3Realme GT Explorer Master EditionRealme GT Master EditionSKMMTM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Syarikat telekomunikasi didenda, kuota Unifi Broadband Lite naik & langgan Astro tanpa satelit | SBM #28

Syarikat telekomunikasi didenda, kuota Unifi Broadband Lite naik & langgan Astro tanpa satelit | SBM #28

27 July 2021
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN