• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi Pad 5 akan dilancar pada 10 Ogos, menyokong stailus, LTE & skrin rata

  • OLEH Najib
  • 12:23 pm
  • 09/08/2021
  • Komen
Mi Pad 5 akan dilancar pada 10 Ogos, menyokong stailus, LTE & skrin rata
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan tablet terbaru, Mi Pad 5 pada 10 Ogos 2021 di China. Xiaomi turut berkongsi beberapa gambar yang memperlihatkan serba sedikit tentang tablet yang belum dilancarkan ini.

Antara yang dikongsikan adalah gambar kotak Xiaomi Mi Pad 5. Kotak ini dilihat sangat nipis dan ada dua warna kotak iaitu putih dan hitam. Ini mungkin memberi petunjuk bahawa Mi Pad 5 akan datang dalam warna hitam dan putih.



Seterusnya dikongsikan adalah gambar stailus di atas tablet. Sukar untuk diterjemah kemampuan stailus tersebut dari gambar ini, tetapi dapat dilihat bawah tablet itu rata di depan dan belakang. Terdapat juga garis antena, pastinya merujuk kepada sokongan LTE atau 5G.

Xiaomi juga berkongsikan gambar pembesar suara tetapi tidak dinyatakan sebarang teknologi bunyi. Speaker stereo di tablet sudah menjadi norma kerana saiznya yang besar, tetapi yang menarik adalah 8 pembesar suara di dalam gambar. Adakah ini juga satu petunjuk untuk Mi Pad 5?



Satu lagi gambar yang dikongsikan adalah papan kekunci, menandakan tablet ini akan menyokong sambungan papan kekunci, satu lagi perkara yang menjadi kebiasaan untuk tablet. Kelihatan juga bingkai skrin tablet yang agak besar, serta melengkung di bucu.

Setakat ini, belum ada maklumat rasmi yang menyatakan perkakas yang akan dilengkapi pada Mi Pad 5. Tetapi khabar angin tentangnya antaranya mengatakan bahawa ia akan datang dalam tiga model, iaitu Mi Pad 5, Mi Pad 5 Lite, dan Mi Pad 5 Pro.

Ketiga-tiga model ini akan datang dengan skrin IPS LCD 10.9-inci 120Hz, dengan kuasa Snapdragon 870 untuk versi Pro dan biasa. Manakala versi Lite akan menggunakan cip Snapdragon 860.

Apa yang lebih menarik adalah, Mi Pad 5 telah ditemui didaftarkan di SIRIM sebelum ini. Ia mungkin menandakan bahawa tablet ini akan dilancarkan di Malaysia juga kelak. Berapa lama selepas pelancaran di China, ini akan menjadi persoalan untuk peminat di sini.

[Sumber: GSMarena, weibo]

Tags: xiaomiXiaomi Pad 5
Najib

Najib

POPULAR

Mi Pad 5 akan dilancar pada 10 Ogos, menyokong stailus, LTE & skrin rata

Mi Pad 5 akan dilancar pada 10 Ogos, menyokong stailus, LTE & skrin rata

9 August 2021
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN