• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Z Fold 3 & Galaxy Z Flip 3 tiada pengecas di dalam kotak

  • OLEH Najib
  • 1:41 pm
  • 13/08/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung baru sahaja melancarkan dua model telefon pintar dengan skrin boleh lipat, iaitu Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3. Untuk makluman anda, seperti usaha mesra alam mereka dalam siri Galaxy S21 sebelum ini, kedua-dua telefon pintar baru ini tidak akan datang dengan kepala pengecas di dalam kotak. Malah, tiada juga fon telinga diberikan.

https://youtu.be/TjspI7lm1XE

Perkara ini boleh dilihat menerusi video buka kotak rasmi Samsung, serta di laman tempahan awal Samsung Indonesia untuk Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3. Di dalam kotak, pembeli akan menerima telefon pintar, kabel USB-C ke USB-C dan pin pengeluar dulang SIM.



Bermakna, anda memerlukan pengecas lama untuk mengecas telefon yang baru dibeli ini, itu pun jika ada. Kalau tidak, anda perlulah membeli kepala pengecas yang baru. Atau boleh juga menggunakan pengecas wayarles yang serasi.

Untuk rujukan, Galaxy Z Fold 3 yang memiliki bateri 4,400mAh, menyokong pengecasan pantas berwayar 25W dan pengecasan wayarles 10W.



Bagi Galaxy Z Flip 3 pula, telefon dengan bateri 3,300mAh ini menyokong pengecasan berwayar sehingga 15W sahaja. Manakala pengecasan wayarles berkuasa 10W.

Dengan perkakas yang kurang di dalam kotak, bermakna saiz kotak juga menjadi lebih kecil. Ini boleh menjimatkan kos penghantaran kerana mengambil ruang yang sedikit, di samping boleh mengisi lebih banyak kotak dalam satu penghantaran.

Usaha tidak bersungguh

Perkara tidak memasukkan kepala pengecas dan fon telinga ini dimulakan oleh Apple semasa pelancaran siri iPhone 12. Pada mulanya, Samsung mengejek langkah Apple ini tetapi tidak lama kemudian, mengumumkan perkara yang sama di pelancaran siri Galaxy S21 dan menyatakan ia untuk kelestarian alam sekitar.

Bagaimanapun, Samsung dilihat masih tidak menjalankan usaha kelestarian alam ini sepenuhnya kerana hanya model flagship sahaja yang tidak disertakan kepala pengecas dan fon telinga. Siri Galaxy A dan Galaxy M yang dilancarkan begitu banyak sekali selepas Galaxy S21, masih datang dengan kepala pengecas di dalam kotak. Malah, Galaxy A72 hadir bersama kepala pengecas 25W.

Jika anda mahu mendapatkan kepala pengecas Samsung yang asli, ia dijual pada harga RM79 untuk kepala pengecas 25W sahaja, atau RM129 untuk kepala pengecas 25W bersama kabel USB-C ke USB-C.

Tetapi ada pilihan lain untuk membelinya lebih murah, daripada jenama pengeluar pihak ketiga yang menyokong pengecasan USB-PD 3.0 PPS. Malah, ada yang menawarkan berbilang port di dalam satu kepala, mudah untuk mengecas lebih dari 1 peranti pada masa yang sama.

Buat masa ini, Samsung Malaysia masih belum membuka tempahan awal untuk Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3. Untuk rujukan awal, harga kedua-dua peranti ini di Indonesia adalah seperti berikut:

  • Galaxy Z Fold 3 256GB – IDR24.999.000 (~RM7,361)
  • Galaxy Z Fold 3 512GB – IDR26.999.000 (~RM7,950)
  • Galaxy Z Flip 3 128GB – IDR14.999.000 (~RM4,417)
  • Galaxy Z Flip 3 256GB – IDR15.999.000 (~RM4,711)

Untuk mengenali dengan lebih lanjut, boleh membaca artikel kami tentang pelancaran Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3. Dalam majlis yang sama, Samsung turut melancarkan jam pintar Galaxy Watch 4 dan fon telinga Galaxy Buds 2.

Tags: samsungSamsung galaxy z flip 3Samsung Galaxy Z Fold 3
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy Z Fold 3 & Galaxy Z Flip 3 tiada pengecas di dalam kotak

13 August 2021
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN