• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Peniaga Shopee berusia 11 tahun terima telefon pintar Realme percuma untuk PdPR

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:01 pm
  • 18/08/2021
  • Komen
Peniaga Shopee berusia 11 tahun terima telefon pintar Realme percuma untuk PdPR
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, ada dikongsikan kisah tentang pelajar 11 tahun, Umar Al-Khattab. Dia berniaga di Shopee sebagai salah satu usahanya mengumpul wang, agar boleh membeli sendiri telefon pintar baru, untuk mengikuti kelas PdPR.

Berusaha seperti itu diusia muda, sememangnya mengagumkan dan perkara ini turut mendapat perhatian syarikat telefon pintar, Realme Malaysia. Mereka telah menghubungi keluarga Umar dan telah memberikan telefon pintar Realme 8 Pro yang baru kepada pelajar itu.



Bapa Umar mengucapkan terima kasih kepada Realme Malaysia kerana telah menaja telefon pintar baru kepada Umar, untuk membantunya mengikuti kelas dalam talian. Dia turut menjelaskan bahawa, dia mendidik Umar untuk mengumpul duit sendiri jika mahukan sesuatu untuk dirinya dan kerana itulah Umar memulakan perniagaan di Shopee.

Pengarah Jenama Realme Malaysia, Tiffany Teh mengatakan, mereka tersentuh dengan dedikasi Umar. Mereka berharap agar dengan usaha ini, Umar dapat menyertai kelas dalam talian bersama adik beradiknya tanpa kebimbangan, berikutan sebelum ini mereka berkongsi peranti bersama.



Realme 8 Pro dilengkapi kamera 108MP, Cas SuperDart 50W dengan bateri 4500mAh. Ia menggunakan cip Snapdragon 720G. Paparan pula 6.4” tampil dengan panel Super AMOLED, sesuai untuk kegunaan sesi PdPR. Harga pasaran Realme 8 Pro di Malaysia ialah RM1,299.

Tags: realme 8 pro
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Peniaga Shopee berusia 11 tahun terima telefon pintar Realme percuma untuk PdPR

Peniaga Shopee berusia 11 tahun terima telefon pintar Realme percuma untuk PdPR

18 August 2021
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN