• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

KPT sediakan platform kemahiran, bantu graduan temui pekerjaan

  • OLEH Penaja
  • 1:38 pm
  • 26/08/2021
  • Komen
KPT sediakan platform kemahiran, bantu graduan temui pekerjaan
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh KPT]

Tidak dinafikan, graduan IPT merupakan antara yang terkesan dalam situasi pandemik untuk mencari pekerjaan. Perkara ini memberi lebih tekanan apabila ada antara mereka yang belum mempunyai pengalaman bekerja dan perlu bersaing untuk mendapat pekerjaan. 

Menurut Dato’ Shaharuddin Abu Sohot, Setiausaha Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pengajian Tinggi, kadar kebolehpasaran graduan menurun sebanyak 1.8 peratus pada tahun 2020. 

Ini menunjukkan ramai graduan tidak mendapat pekerjaan atau, melanjutkan pengajian atau, mendapatkan latihan peringkat kemahiran selepas 6 bulan menamatkan pengajian.

KPT sediakan panduan kepada IPT, memastikan graduan penuhi keperluan industri

Bagi memastikan graduan kekal berdaya saing, serta memenuhi keperluan industri, KPT telah membangunkan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021–2025 dan ia akan dilancarkan dalam masa terdekat. Pelan ini akan menjadi panduan kepada IPT untuk memastikan kebolehpasaran graduannya.

Antara fokus yang ditekankan dalam pelan ini adalah penerapan elemen kemahiran abad ke-21 seperti kemahiran literasi teknologi maklumat dan komunikasi, ‘critical thinking’ dan sebagainya.

Program kemahiran untuk graduan, menjanjikan penempatan pekerjaan

Selain itu, bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan, KPT telah menyediakan beberapa program untuk mereka. 

Pertama melalui Pelan Jana Semula Ekonomi atau PENJANA. Di bawahnya ada dua program berkonsepkan latihan kemahiran dan latihan peningkatan kemahiran disediakan iaitu PENJANA KPT-CAP atau Career Advancement Programme dan PENJANA KPT-PACE atau Profesional Certification.  

Sasaran peserta untuk program ini adalah graduan tahun 2019, 2020 dan 2021 yang masih belum bekerja. 

Kedua, KPT juga ada menyediakan kemahiran tambahan untuk graduan Universiti Awam yang mendapat CGPA rendah. Program-program ini, menjanjikan penawaran penempatan pekerjaan sebaik sahaja mereka menamatkan latihan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Ketiga, KPT melaksanakan program-program keusahawanan kepada pelajar untuk menggalakkan mereka menceburi bidang ini. 

Keempat, kementerian meningkatkan kerjasama antara pihak industri dan akademia di IPT. Ini merupakan inisiatif bersifat jangka sederhana dan panjang, seperti semakan semula modul, semakan program pengajian, penambahbaikan kurikulum serta penyediaan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersifat ‘industry driven’ kepada pelajar.

Industri jejak graduan melalui Portal GREaT

Graduan boleh melayari Portal GREaT, KPT untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program yang disediakan. Di situ juga anda boleh dapatkan maklumat berkaitan kebolehpasaran graduan dan keusahawanan seperti bantuan-bantuan yang ditawarkan daripada pelbagai agensi. Semua program yang disediakan adalah percuma.

Graduan yang masih mencari pekerjaan perlu merebut peluang ini dengan segera. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari portal Great di sini.

Tags: Kementerian Pengajian TinggiKPTpenaja
Penaja

Penaja

POPULAR

KPT sediakan platform kemahiran, bantu graduan temui pekerjaan

KPT sediakan platform kemahiran, bantu graduan temui pekerjaan

26 August 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN