• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KKM lulus suntikan vaksin COVID-19 Sinovac untuk kanak-kanak 12 tahun ke atas

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:51 pm
  • 01/10/2021
  • Komen
KKM lulus suntikan vaksin COVID-19 Sinovac untuk kanak-kanak 12 tahun ke atas
Share on FacebookShare on Twitter

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah telah mengumumkan yang pihak NPRA telah meluluskan penggunaan vaksin Sinovac ke atas kanak-kanak 12 tahun ke atas. Sinovac akan menyertai Pfizer (Comirnaty) sebagai dua vaksin yang boelh diambil kanak-kanak antara 12 hingga 17.

Menurut pihak KKM, seperti biasa, pemberian vaksin akan diutamakan kepada kanak-kanak dan remaja bebas komorbid dan disahkan tidak boleh mengambil Pfizer atas sebab-sebab alahan. Sinovac untuk golongan remaja berkomorbid akan dipertimbangkan selepas data yang cukup diperoleh dalam kajian yang sedang berjalan.



Menurut pihak berkuasa lagi, kelulusan bersyarat ini meliputi vaksin yang datang daripada China dan juga vaksin yang melalui proses fill-and-finish pihak Pharmaniage Lifesciences Sdn. Bhd. di Malaysia.

Berkaitan vaksin Sinovac daripada China, kerajaan negara pengeluar itu telah bersetuju untuk menderma tambahan 1 juta dos kepada kita untuk ditambah kepada 500 ribu yang sudahpun dihantar pada Julai 2021 lalu.



Golongan kanak-kanak dan remaja adalah golongan sasaran baharu pihak kerajaan untuk divaksinkan selepas golongan dewasa sudahpun mencapai paras yang lengkap vaksin pada paras 86%. Menurut YB Khairy, 400 ribu remaja dikesan positif COVID-19 dalam tahun 2021 berbanding 12 ribu dalam tahun 2020.

Sumber: KKM, 2

Tags: COVID-19covid19kkm
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

28 April 2022
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER