• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Acer Predator GD711 & GM712: Projektor 4K UHD yang cocok dengan konsol generasi baharu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:56 am
  • 14/10/2021
  • Komen
Acer Predator GD711 & GM712: Projektor 4K UHD yang cocok dengan konsol generasi baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Selain Orion 7000, Acer turut mengumumkan dua projector beresolusi 4K UHD dalam keluarga Predator. Predator GD711 dan GM712 dilaporkan akan boleh didapati dalam pasaran terpilih seawal  November 2021. Harganya dalam pasaran China adalah seperti berikut:

  • Predator GD711 Projector – RMB11,999 (RM7,741)
  • Predator GM712 Projector – RM10,999 (RM7,096)

Berdasarkan spesifikasi teknikal yang dikongsikan, konsol permainan generasi baharu yang menyokong resolusi 4K@120fps tentu sekali boleh memanfaatkan keupayaan projektor ini untuk anda bermain permainan video pada kemampuan paling optimum.



Spesifikasi Predator GD711 & Predator GM712

Kedua-dua projektor ini memiliki spesifikasi yang hampir serupa. Perbezaan ketara adalah pada kecerahan imej yang dilontarkan ke atas permukaan dinding. Sungguhpun kedua-duanya menyokong format HDR10, GD711 diiklankan memiliki kecerahan 4,000 LED Lumens (sekitar 1,700 ANSI Lumens) menakala GM712 melontarkan imej pada kecerahan nyata berbeza, pada 3,600 ANSI Lumens. Sekiranya ditukarkan dalam unit nits, GD711 tidakpun layak menerima cap HDR10 kalau dalam kategori panel TV.

Dalam spesifkasi lain, nampaknya mereka berkongsi ciri yang hampir serupa seperti:



  • Resolusi sehingga 4K UHD
  • Refresh rate sehingga 240Hz@1080p
  • Sokongan VRR
  • Sistem operasi pintar berasaskan Android

Seperti kebanyakan projektor pintar lain, ia turut dilengkapi sepasang speaker stereo bersama-sama dengan alat kawalan untuk kemudahan pengguna.

Kalau anda risaukan lampunya tidak tahan lama, Acer maklumkan yang perkakasan pencahayaannya mampu bertahan sehingga 30,000 jam ataupun sekitar 3.4 tahun sekiranya ditonton secara terus menerus tanpa henti.

Layari laman rasmi produk (Predator GD711, Predator GM712) untuk maklumat lanjut.

Tags: Aceracer predatoracer predator gd711 projectoracer predator gm712 projector
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Acer Predator GD711 & GM712: Projektor 4K UHD yang cocok dengan konsol generasi baharu

Acer Predator GD711 & GM712: Projektor 4K UHD yang cocok dengan konsol generasi baharu

14 October 2021
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER