• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Predator Orion 7000 yang baharu diperkasa cip Intel Core Gen-12

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:55 am
  • 14/10/2021
  • Komen
Predator Orion 7000 yang baharu diperkasa cip Intel Core Gen-12
Share on FacebookShare on Twitter

Intel dilapor bakal memperkenalkan barisan produk CPU Intel Core-i Gen-12 dalam keluarga Alder Lake. Namun ia tidak menghalang Acer untuk mengumumkan produk yang bakal memanfaatkan kuasa cip tersebut. Salah satu produk yang dilancarkan mereka dalam Next@Acer Global 2021 ialah desktop Predator Orion 7000.

Daripada helaian spesifikasi, ia direka untuk kalis peredaran masa sekurang-kurangnya 5 tahun lamanya disebabkan penggunaan komponen-komponen terkini.



Selain CPU generasi baharu, ia turut menggayakan RAM DDR5 yang boleh dikonfigurasikan sehingga 64GB bersama-sama storan sehingga 2TB melalui beberapa slot SSD M.2 yang ada. GPU juga adalah yang terbaik iaitu RTX 3090. Untuk perpindahan data, ia dilengkapi Wi-Fi 6E dan port USB berjumlah 10 (campuran Type-A dan Type-C).

Untuk rekaan, ia mengambil rupa sebuah desktop gaming konvensional. Kipas penyejuk dipasang di beberapa tempat dan semuanya bertatahkan lampu RGB. Lagi komponen ber-RGB ialah penyejuk AIO pada CPU bersaiz 120mm dan 140mm yang menggunakan teknologi kipas Frost Blade 2.0.



Predator Orion 7000 akan mula dijual selewat-lewatnya April 2022 di beberapa pasaran terpilih pada harga bermula RMB 20,000 (RM12,909). Harganya agak tinggi dan hari penjualannya masih jauh didepan. Tidak mustahil pada hari pelancaran nanti, RTX3090 sudah ada pesaing yang lebih bertenaga.

Sumber: Acer

Tags: Aceracer predatoracer predator orion 7000
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Predator Orion 7000 yang baharu diperkasa cip Intel Core Gen-12

Predator Orion 7000 yang baharu diperkasa cip Intel Core Gen-12

14 October 2021
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN